Friday, February 10, 2023

RESEPI AYAM MASAK KICAP

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsikan menu yang ringkas tapi sedap. Ini resepi turun temurun cara mak aku masak ayam kicap tau. Kegemaran kami semua dan sekarang kegemaran Edy dan Aiyan juga. Ok lah jom aku kongsikan resepinya ya. Kalau aku masak ayam kicap ni mesti Aiyan cakap, ` mama masak apa ni, sedap lah bau nya`.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam, gaul dengan garam kunyit dan goreng

3 sekawan

2 batang serai, ketuk

5-6 ulas bawang putih, hiris

2-3 biji bawang merah besar, hiris

1 inci halia, hiris

serbuk lada hitam

Kicap lemak manis jalen secukupnya

1/2 kotak kecil santan

1 cawan air

Tomato 1 biji

Cara masak:

- Tumiskan 3 sekawan dan serai hingga naik bau. Masukkan bawang putih, merah dan halia tumis hingga layu.

- Masukkan tomato dan serbuk lada hitam gaul lagi, masukkan kicap secukupnya ikut nak kuah banyak mana. Masukkan santan gaul hingga sebati perlahan kan api.

- Masukkan ayam goreng dan tambah air, biarkan hingga masak  kuahnya. Siap










20 comments:

  1. Huiii..akak akan kalah bila lauk macam ni..confirm bertambah...sesuai bawak bekal pi office jugak

    ReplyDelete
  2. fav Pia sangat ni Dana...tapi bawang bahan2 semua kena blend halus kalau nampak bawang tak nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana ni jenis suka mudah je kak, Aiyan ok je bawang ni

      Delete
  3. wah..dap ni...kena plak ngan nasi panas..yum yum

    ReplyDelete
  4. Hampir sama menu kita hari ni Dana, saya ikan masak kicap, sedap makan dengan nasi panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, lawan kan masak goreng kobis pun sedap

      Delete
  5. sedapnya, lengkap dgn serai , 3 sekwan mesti sedapp mcm msakan kenduri
    tp kalu malas akak jenis masak kicap simple he hee bawang kicap je
    tp ayam kena goreng garing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak dia ada macam2 versi, dana kalau versi malas boh terus ayam hehehe

      Delete
  6. Ayam masak kicap memang sedap dimakan...👍

    ReplyDelete
  7. Sedapnya.. sama masakan macam mama Aini

    ReplyDelete
  8. Ayam masak kicap ni tak pernah tak sedap. kalau wong jowo ni selain lauk nasi ambeng, hari raya pun dihidang sama makan dengan ketupat. Sedap sangat aroma rempah dan lada hitam!

    ReplyDelete
  9. Wahh.. Cuya tak pernah masak kicap masukkan santan. Nak cuba la next time!

    ReplyDelete
  10. nmpk je dari jakarta ni pun sedapp., hehe

    ReplyDelete
  11. kalo mak saya pulak, wajib diblend semua bebawang tu...hahaha

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...