Friday, September 2, 2022

RESEPI KUETIAW GORENG MUDAH

 Assalamualaikum semua,

Dulu-dulu nak masak kuetiaw goreng setahun 2 kali pun jarang. Sebab bila masak dia jadi hancur dan bergumpal, bila dah masak kita puj tak teruja nak makan. Tapi sejak akhir-akhir ini aku dah tahu cara dan petua goreng kuetiaw dengan senang dan ringkas itu yang selalu buat, Aiyan pun suka, itu tambah semangat.

Aku pernah kongsikan sebelum ini tapi guna kicap dia, yang ini tak payah memang ringkas bahan-bahan tapi memang sedap.

Bahan-bahan:

2 paket kuetiaw, lerai-leraikan dan gaul dengan kicap. (Jangan basuh)

8-10 ulas bawang putih, cincang kasar

3 sudu cili boh

2 biji tomato potong dadu

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

3 biji telur

daun kucai

Bebola dan fish cake

Udang

tauge

Minyak untuk menumis

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih hingga naik bau dan tukar warna perang. Masukkan cili boh kacau-kacau untuk 2 ke 3 minit.

- Masukkan tomato, sos cili dan sos tiram gaul lagi, masukkan udang dan bebola masak hingga udang separuh masak. Ketepikan sedikit bumbu dan masukkan telur. 

- Kacau telur hingga merata baru masukkan kuetiaw, masa ni kuatkan api. Tutupkan sekejap dengan penutup kuali pastu gaul semua hingga merata. 

- Masukkan kucai dan tauge akhir sekali. Siap










Aiyan dulu tak suka sekarang siap bertambah makan

10 comments:

  1. yum222...fav..suka kuehtiaw ada kerang or daging

    ReplyDelete
  2. Lama jugak tak makan kueh teow goreng ni... simple mcm ni laa best....

    ReplyDelete
  3. Haah kadang-kadang masalah hancur. Tq kongsi.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya! Selera akak tengok, Dana. Dulu akak pun kurang suka masak kuetiau. Dah tengok cara Dana tunjuk, rasa nak cuba la. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Tqq resepinya
    akak sukaa , tp x penah msk sbnya yg lain x mkn

    ReplyDelete
  6. fuhh!! meriah kuehtiaw dana. cfrm nyaman ni!

    ReplyDelete
  7. Tak pandai goreng kuew teow..hahahaha...mee boleh la..

    ReplyDelete
  8. okayyy nanti nak follow resipi kak dana!

    ReplyDelete
  9. Nampak mudah bila Dana kongsikan step by step macam ini.. Boleh jadikan panduan untuk mencuba nie..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...