Assalamualaikum semua,
Beberapa minggu lepas masa aku buat entri pasal nasi lemak ada yang minta aku kongsikan resepi masak sambal. Kebetulan minggu lepas masak nasi lemak jadi dapatla aku kongsi dekat sini caranya. Ini cara aku masak sambal ya, mudah dan tak perlu risau dapur berkecah.
Jom kita tengok resepinya ya.
Bahan-bahan:
1 paket kecil cili boh puteri
3 biji bwg merah besar, kisar
2 biji bawang merah, hiris
6 ulas bwg putih, kisar
1 helai daun pandan
1 ketul kecil gula melaka
Sedikit bilis, kisar
Sedikit udang kering, kisar
2 keping asam keping
Garam/perisa
Air secukupnya
Cara masak:
- Panaskan minyak masukkan daun pandan biar naik bau, masukkan bahan-bahan kisar dan cili boh. Gaul hingga semua bercampur dan tutupkan periuk dengan penutup, masak dengan api kecil untuk 20 ke 30 minit. Beberapa kali kita kacau juga supaya tak hangus dan berkerak.
- Setelah 30 minit bila tengok dah pecah minyak boleh masukkan gula melaka, tambahkan air separuh cawan, tutupkan lagi penutup untuk 10 -15 minit atau hingga gula cair sepenuhnya.
- Bila gula dah cair boleh masukkan asam keping, tambahkan sedikit air lagi, masukkan hirisan bawang tutupkan lagi periuk biar bawang layu sepenuhnya untuk 5 minit,lepas tu masukkan perisa dan garam. Jangan lupa rasa sebelum tutup api. Sambal aku suka ada rasa pedas manis masin sikit baru ngam.
* Selalunya aku akan masak sambal ni malam, esok pagi tinggal panaskan je. Sebab aku masak sambal lama nak dia tahan lama dan takde rasa pedar gitu.
Aku suka bau wangi nya |
Aku suka masak dengan periuk atau kuali bertutup, api kecil |
Pecah minyak gini baru masukkan gula melaka |
Bawang hiris jangan lupa |
Aku suka gunakan mangkuk bila makan nasi lemak haahahah... |
Sedap nasi lemak kerana sambalnya! Sedap sambal sedaplah segalanya.
ReplyDeletebetul tu kak, kalau mahal camne pun tapi sambal tak sedap semua jadi kureng
Deleteaduhh...sedapnya... lepas tu petang kang buat lak jemput lempeng buat cicah dengan sambal lebih tu...woi...meleleh dah ailio koi ni
ReplyDeletememang wajib tu MY oi, aritu siap cari ubi kayu rebus cicah sambal
Deletepergh, cantik nya. Terima kasih Kak Dana share resepi :)
ReplyDeleteselamat mencuba ya
Deletepecah minyak elok sambal tu .
ReplyDeleteTengok SA pun masak nasi lemak pagi ni..
Sib baik saya dah makan nasi lemak daun simpor semalam...kalau tak,mau masak jugak ni..hihihi
kalau tak pecah minyak jadi tak sedap dia punya sambal tu kan kak
Deletenasi lemak dgn daun pandan harum ja
ReplyDeletewajib ada daun pandan kak
DeleteBilis tamban tu nak goreng dia bagi rangup macma mana erk...akak buat selalu tak menjadi la...lemau je...
ReplyDeletedana goreng biasa je kak.... api kecik itu dia punya tip, kadang mak dana dia campur tepung sikit boh air sikit bagi tersalut sikit
DeleteGreat and that i have a super offer: Whole House Renovation Checklist Pdf general contractor for home renovation
ReplyDelete