Tuesday, September 20, 2022

OREO SOFT CAKE

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas aku ada pergi ke kedai borong jajan dekat NSK Wangsamaju sambil jalan mencari barang. Ternampak oreo soft cake ni macam menarik lah, nak rasa jugak lah camne kan. Biasa kalau belikan Aiyan oreo tu aku rasa la sekeping sebab manis tapi memang sedap rasa coklat nya jadi bila nampak yang soft cake ni aku pun teringin la nak beli. Harga untuk 1 kotak ini ada 12 paket RM9.90 kalau tak silap aku. Agak mahal jugak lah tapi bila dah rasa boleh tahan la rasanya, coklatnya memang berasa, sedap cuma saiz dia tu agak comel gitu. 

Teringat kak Sha kasihkuamani yang suka review pasal macam-macam coklat. Mesti dia dah pernah cuba ni kan. 

teruja aku nengok masa nampak ni

comel je tau 

luarnya disalut coklat

dalam ada cream macam biskut oreo tu

memang sangat comel tapi sedap

19 comments:

  1. Belum pernah makan.
    Memang comel sangat nih.
    Tapi bagus jugak, taklah kita makan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, janji beli sikit-sikit kalau beli 1 kotak memang akan termakan banyak

      Delete
  2. Replies
    1. sedap kak rasa coklatnya memang kene cuba hehehhe

      Delete
  3. Kalau yang suka Oreo versi lembut boleh cuba kek ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu kak, kalau peminat biskut oreo mesti suka punya rasa dia

      Delete
  4. nampak macam sedap ni...kena cuba..tapi tgh cut sugar la...saje je Dana kan..goda orang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cuba 1 je yang lain bagi kat anak buah, buat rasa-rasa je kak heheheh

      Delete
  5. sedap nampak coklat salut biskut krim tu xminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak, tapi krimnya sikit je dia jd sesuai dgn rasa coklat tu

      Delete
  6. Menggoda pula ni Dana. Kalau Daus engok mesti dia pun nak juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana pun tergoda sebab nak tahu camne rasanya heehhe

      Delete
  7. Replies
    1. hehheh kalau suka oreo memang semua produk dia akan suka

      Delete
  8. Yang macam ni tak boleh nampak anak buah PC... nanti kemaruk dia makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jangan tunjuk ni 12 bekas sekali hadap je ni sebab comel

      Delete
  9. Entah kenapa sejak kecil lagi wak sangat tak suka celokat

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu wak, sebab tu wak maintain je badannya

      Delete
  10. janganlah Kyra nampak benda ni... kalau bujang berdua tu dorang tak heran sangat benda manis

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...