Thursday, September 15, 2022

PHOTO DIARY#27/2022

 Assalamualaikum semua,

Kejap je dah hari khamis minggu ini, esok kan dah cuti itu yang rasa cepat sangat. Esok apa aktiviti korang? aku rasanya tak ke mana duduk rumah je. Aiyan dah sibuk ajak layan filem Jurassic World Dominion dan semua filem terawal nya hujung minggu ni. Dia nampak dekat astro disney hotstar terus sibuk suruh langgan. Kebun tepi rumah tu pun dah rupa macam semak samun, kene juga cabut rumputnya tu, kalau tidak takut esok lusa ular pun ada dekat situ huhuhui.

Terbebel panjang pulak, jom kita layan cerita bergambar ya.

balik dari kampung ada 4 pokok baru, 1 bunga ros beli dekat pasar, 1 nyai bagi, 1 makcik bagi, 1 pasu orkid makcik bagi juga

bunga ros merah yang paling besar ada dalam koleksi aku

aku suka rempeyek yang kurang kacang bilis pun tak berapa suka, suka yang kosong je hehehe

bukan lalang tapi pokok serai tau

setelah 5 bulan lebih lepas operate, baru berani nak pakai seluar jeans

daun ketumbar jawa, daun sup dan daun bawang kutip dekat kebun tepi rumah

gigih nak bergambar dengan bunga ros mini ni... 

comel kan patung bobba pink ni, Aiyan kata cikgu dia bagi hadiah sebab dia menang pertandingan bercerita

rutin harian balik sekolah, mesti mengepau mama

nampak makin banyak dan subur daunnya pokok parsley ni


bunga ros mini yang berkembang

11 comments:

  1. ada jugak dlm perancangan weekend ni..nak kemas kan pasu2 bunga. lama dah x layan..membaja semua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling malas nak cabut rumput tu kak oiiii tak tau nak cakap apa lah

      Delete
  2. Mrs. A minggu ni planningnya nak menjenguk Aryssa di BM. Mrs. A pulak lebih suka rempeyek yang banyak kacang Dana :-) Memang sangat cute patung bobba pink tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu suka yang banyak kacang, tapi sekarang suka yg lebih kosong hehehhe...

      Delete
  3. makin banyak koleksi bunga dana..tahniah aiyan pandai bercerita

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Terima kasih, untuk wak juga selamat berehat di rumah

      Delete
  5. Aik.... selalu komen, selalu juga tak masuk komennya.... mana pergi?

    ReplyDelete
  6. Comel anak paying boba. Hehe nasib baik Aiyan suka pink.

    ReplyDelete
  7. Lepak je kat rumah, sabtu baru pi PD bawak dua orang tu main pasir

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...