Friday, September 23, 2022

RESEPI KEK GULA HANGUS @KEK SARANG SEMUT NOXXA

 Assalamualaikum semua,

Syukur hari ini cerah dari awal pagi, moga sampai ke petang lah cerah begini cuacanya ya. Seperti biasa jadual hari jumaat entri perkongsian resepi. Cuma kali ini aku minta maaf terlupa nak ambil gambar semua bahan-bahan dia terus cara masak, takde gambar semua bahan. Tapi tetap ada resepi yang mudah seperti biasa ya, jom kita.

Bahan-bahan:

Gula hangus

2 cawan gula

2 cawan air panas

6 sudu besar planta

Cara masak:

- Masak 2 cawan gula dalam kuali masak dengan api perlahan hinga cair semuanya, bila dah cair masukkan air panas kacau hingga semuanya cair bila dah cair baru masukkan planta. Lepastu matikan api.

Bahan-bahan Kek Gula Hangus

Gula hangus

8 biji telur 

2 cawan tepung gandum

4 sudu kecil soda bikarbonat 

1 cawan susu pekat

1 sudu kecil esen vanilla

sedikit garam

Cara masak:

- Kisar telur untuk 1 minit hingga kembang, masukkan dalam bekas besar campurkan susu pekat dan esen vanilla kacau hingga sebati dengan whisk.

- Bila dah campur sebati semua masukkan tepung yang telah kita ayak bersama soda bikarbonat gaul lagi hingga sebati/

- Masukkan air gula hangus tadi , kacau lagi hingga sebati semuanya.

- Sapukan sedikit planta pada periuk noxxa, masukkan semua bancuhan tadi tapi jangan lupa tapis ya.

- Setkan steam untuk 50 minit ( boleh juga masak 45minit) * bila steam memang ada bunyi bising abaikan je. 

- Dah siap boleh keluarkan periuk dari noxxa tu jangan biar nanti bawah berkerak  terlebih masak dan sejukkan, kalau potong ada rongga macam sarang semut kira jadilah tu.

*selamat mencuba

nak hanguskan gula memang makan masa sikit, aku guna api perlahan tak berani api besar takut hangus pahit

warna macamni lah bila dah hangus tu, boleh la masukkan air panas 

masukkan air panas hati-hati sebab gula tu akan memercik sebab tu aku guna kuali besar dan senduk panjang,. Gaul bagi semua gula hancur

masukkan planta dan gaul lagi, dah cair semua tutup api tau

kisar telur tu

sampai kembang gini tau

susu pekat dan esen vanilla

tepung gandum dan soda bikarbonat , kita ayak bersama ya


lepas campur dengan tepung

lepas dah campurkan dengan gula hangus

masukkan dalam periuk noxxa

steam selama 50 minit

dah siap... 


bila nampak beronga gini kira jadi lah kek kita

bahagia rasa bila pertama kali cuba dan jadi

bungkus sikit bagi maktek dan jiran

18 comments:

  1. cantiknya kek sarang semut dana sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, mujur jadi risau jugak kalau tak jadi kek nya

      Delete
  2. wah..alhamdulillah, cantik jadi sarang semut nya tu... pernah buat sekali je dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak mujur jadi, harapnya kalau buat lagi nanti jadi jugak gini heheheh

      Delete
  3. wah guna noxxa buat kek sarang semut..bab nk hanguskan gula tu mmg mencabar, slh teknik keras jdnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu buat guna api kecik je kak masa nak hanguskan gula nya...

      Delete
  4. Dulu masa belum kawin, akak gagal buat gula hangus tu. Habis kena marah dengan mak. Hehe..
    Kalau takde pressure cooker noxxa ni, guna periuk kukus biasa, boleh ke, Dana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dana dulu pn tak pernah buat kak, tapi bila kadang buat apam gula hangus jadi tahu la buat gula hangus tu. Boleh je kak nk kukus atau bakar dengan dengan oven.

      Delete
  5. Alahaiiii..sedapnyaaa....x berani nak buat la..takut x menjadi...tapi fav ni...

    ReplyDelete
  6. Wah,cantik berongga la kek Dana..
    Saya kalau buat kek ni selalu berdebar sebelum potong🤣..Tapi tu la..kadang saya buat jadi..kadang tak berongga...just jadi macam kek span..tak tau apa silapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur jadi jugak kak, risau jugak kalau tak jadi...

      Delete
  7. masya Allah kak, cantik sungguh kejadiannya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jadi rupanya, risau jugak tak jadi sarangnya

      Delete
  8. Nampak mudah tapi macam saya tak biasa buat ni mesti agak struggle sikit nak membuatnya. Kalau berongga gitu memang jadi dah tu kak. Sedap makan panas panas. Bau tu tak tahan tak sabar nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba resepi akak insyallah jadi, akak dah 2 kali buat alhamdulillah jadi, semalam buat lg

      Delete
  9. Tu dia.. cantik betul kejadiannya..

    ReplyDelete
  10. byk sarangnya tu.. cantik sgt .. kalau mood rajin dtg boleh cuba ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...