Assalamualaikum semua,
Sejuk betul pagi ini dari lepas subuh dah hujan lebat sampai lah pukul 9 lebih tadi. Sampai pejabat pun sibuk betul dari tadi nak buat entri pun tak sempat lagi. Ini baru ada masa lapang dan kerja dah selesai buat masa ini. Oklah mari kita layan cerita bergambar ya.
belah kiri tu bunga ros mini aku, belah kanan yang makcik baru bagi |
bunga orkid pinang |
ini orkid pinang warna ungu |
bila musim hujan bunga ros memang akan rosak macamni |
kisah sedih pokok ketumbar jawa aku ni, ada ke patut Edy cabut dia ingat rumput... harap hidup lah lepas tanam semula dekat pasu |
rajinkan diri ahad lepas cabut rumput yang penuh dekat pasu, tapi tepi longkang tu tak cabut jugak |
pindahkan pasu oregano sebab dekat bawah asyik kene makan tikus je daunnya |
belimbing antara buah yang aku suka sebab rasa masam manis dia tu |
ada pegawai bagi sebab dia ada mesyuarat di Penang |
kalau rindu turun la juga jumpa kawan dekat pejabat lama |
kuih tepung gomak |
aku suka yang inti kelapa |
cantik langit petang, biru je |
petang kelmarin ajak maktek dan Ecah datang rumah, rindu lama tak borak |
tengahari semalam kan panas, dapat sirap ais aduh sedapnya |
awal pagi tad hujan lebat, habis basah sandal tu kena la pakai selipar jepun kiri tu |
pagi tadi dalam pukul 8 masih hujan lagi, sekarang nampak dah berhenti. Alhamdulillah |
KL Sentral masih hujan...hehehe...kuih tepung gomak tu nak cuba makan la...x pernah makan lagi...
ReplyDeletesini td benti ni gerimis halus harap nya petang kang dah terang la jangan hujan... cuba kak sedap rasa macam koci tapi takde daun pisang
DeleteSekarang cuaca panas sangat semalam lepas itu hujan lebat hari ini. Macam gilir-gilir.
ReplyDeleteAlamak ada insiden tercabut ketumbar jawa.
tulah kak cuaca tak menentu, kadang panas esoknya hujan lebat, kadang mendung je tapi tak hujan
DeleteLama dah tak buat tepung gomok tu...Sedapkan kalau kwna yang buat guna tepung kacang homemade untuk bedak kuih tu..
ReplyDeleteIsh..sirap tu....rindu pula sirap selasih
kira kisar sendiri lah ye kak bedaknya tu... itulah arini sejuk pulak tapi tetap ada air sirap juga
Deleteseremban pun still germis lagi ni... dapnye kuih tepung gomak tu
ReplyDeletetulah kak sini pun masih lg gerimis juga... itulah kuih lama yang jarang jumpa
Deletesini ujan.hingga ke 12 lebih dana. Ni baru x ujan.
ReplyDeleteFeberet kuih tepung gomak tu tp akak panggil kuih abok abok kalau inti kelapa.
dgn salut serbuk kacang hijau
kalau johor abok-abok tu kuih yang guna sagu ada inti gula merah kak...
DeleteHari ini awal pagi hujan turun, pergi kerja pun masih renyai-renyai lagi..
ReplyDeleteTepung gomak may fav Dana tapi malangnya susah dapat..
itulah kak bila hujan awal pagi mesti jem... ramai peminat tepung gomak ni rupanya ya kak
DeleteArgh!! Sedapnya tepung gomak.. Lawa betul bunga orkid tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki..