Monday, September 12, 2022

AKTIVITI WAJIB BILA BALIK KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Ini kisah sabtu 3 hb September masa balik kampung ni, aktiviti wajib bila balik kampung mesti ke Pasar Pagi Benut. Ke pasar basah cari lauk lepas tu cari makanan la pulak ke sayur. Kalau kami pergi selalu memang anak-anak tinggal je heheehe. Aku paling suka sebab boleh jumpa memacam makanan yang susah nak jumpa di pasar belah rumah aku dekat Selangor ni. 

dalam pukul 7 pagi kami gerak lah

pasar basah cari udang, ketam, ikan



pasar pagi nya, murah lak pokok bunga ros ni sepasu cuma RM18 eh terbeli jugak


pakis merah tu dekat kampung aku di panggil pakis, belah kiri di panggil pakis perak... dua-dua sedap buat masak tumis air pedas

segar-segar ko... geram betul

jalan lagi, kali ini jumpa orkid pulak... RM25 tapi katanya tak boleh kene matahari sangat alamak malas la yang jenis gini hahhaha 

memacam pokok puding 

besar bunga orkid ni... sepasu rm60 hahhahah tengok  jelah

makcik baju kuning tu bukan mak nor ye, aku nak ambil gambar dia lak posing situ... ambil dua tiga kali pun dia buat tegak je hahaha... gasakla

milih mask, adik-adik aku kerja dekat kilang benang kalau bukan musim covid pun memang mereka pakai mask ni


kami pergi berlima je, yang bongsu tu jadi tukang bawak barang... kene la tunggu kakak-kakaknya beli barang

tak tahan terbeli jugak bunga ros ni, wangi betul tau bau nya

sepokok ni RM18 tau, apa tak geramnya

budak tinggi 2 orang tu tak boleh duduk tengah kang tak nampak belakang sebab menghalang pandangan

9 comments:

  1. Meriah juga pasarnya siap ada jual bunga.
    Asal adik tunggu muka apabila ambil gambar? Silau ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak memang ada macam2 dijual kt pasar situ, adik tutup muka saja je tu ngusik kakaknya hahahh bukan silau

      Delete
  2. Tiba-tiba kereta berbunga🤣🌹🌹🌹
    Dapat pergi pasar pun satu terapi kan Dana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kak, walaupun poket cepat kering tapi hati gumbira

      Delete
  3. Seronoknya pergi pasar macam ni...kalau akak..confirm pi withdraw duit baru masuk sini...kalau tak nanti ada yang x puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, takde hal ada yg boleh guna qrpay heheheh... tp memang aritu rm150 tak cukup, semua nampak rasa nak beli hahah

      Delete
  4. Dulu2 wak rajin juga pegi pasar sabtu pekan benut ni
    Cari ikan kucing

    ReplyDelete
  5. Meriahnya pasar ikan!
    Nampak segar-segar semuanya tu Dana.

    ReplyDelete
  6. Caption gambar last tu kelakar hahahaaa...

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...