Thursday, June 9, 2022

PHOTO DIARY #14/22

 Assalamualaikum semua,

Hari ini 9 Jun 2022 hari pertama aku masuk kerja semula selepas cuti sakit selama 6 minggu. Rindunya dengan pejabat dan kawan-kawan walaupun ada yang dah jumpa 2 minggu lepas. Dah 2 bulan lebih aku tak masuk pejabat mula dari 7 April hingga lah 8 Jun 2022 lama betul kan.

Jom kita layan cerita bergambar.

masa di Aeon ke kedai roti nya laBoheme... donat ini baru RM7.90 kalau tak silap

pasang pelita solar yang baru nampak meriah kebun tepi rumah

Aiyan pun sibuk nak bergambar dengan pelita baru

masih baru lagi kan, terang benderang lagi...
siap beli yang boleh tukar warna lagi tau

roti korea RM5.50 beli di laBoheme jugak memang besar 

cuti Agong ajak Edy ke Sungai Buloh jalan-jalan cuci mata 
aku suruh Aiyan pilih 1 pokok untuk dia jaga dan rawat, masa ni tertonggek-tonggek tengah pilih pokok lah ni dengan papa nya


Orkid Pinang namanya... mudah nak di bela juga


aku ada beli pokok daun sup, pokok rosemary dan anak pokok cili. Edy lah yang kene pasukan 

kelmarin Maktek minta tolong jagakan Aisyah, suka lah Aiyan adiknya datang rumah

kami dah jumpa kedai jual keropok lekor yang sedap macam beli di Terengganu... dekat Taman Melawati je

jiran sebelah bagi buah salak, memang kegemaran lah

Kebun tepi rumah ambil gambar petang semalam.... pagi hujan mujur petang tu panas semula

penunggu setia, menunggu atoknya keluar dari bilik


gambar pagi tadi sebelum pergi kerja, masih hidup lagi pelitanya maklum baru lagi kan

kene lah abadikan kenangan hari pertama kerja setelah 2 bulan tak masuk kerja

12 comments:

  1. Terpandang buah salak tu haaa.. sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali bekerja.. semoga sihat-sihat hendaknya..

    ReplyDelete
  3. selamat kembali bekerja...lama tk mkn roti korea cheese...buah salak tu pn fav

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.... dana pun suka buah salak juga

      Delete
  4. Aiyan pilih pokok apa ya?
    Bagus juga beri tanggungjawab jaga pokok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pokok orkid pinang tu lah kak... yang bunga ungu tu

      Delete
  5. lamanya x gi nursery cuci mata sambil cuci poket... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh betul tu bila dah cuci mata mesti tercuci poket sekali

      Delete
  6. Alhamdulillah....lama akak tak singgah Blog Dana. Biasalah akak ini bila mood malas nya melanda. Mulalah ke laut dalam. Busy dengan benda lain pun iya juga. Semoga Dana terus sihat ..akak suka tengok pokok-pokok tu semua Dana.

    Kak Nany

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...