Monday, March 27, 2023

TELESKOP DAN ASET BAHAGIAN UKUR GEODETIK

 Assalamualaikum semua,

Aku jarang nak bercerita pasal kerja aku tapi kali ini rasa nak bercerita pulak. Bahagian+ lama aku dulu kerja utama kami adalah menghasilkan peta digital dan peta biasa. Apa yang ada dalam peta tu, rumah, jalan, sungai, segala bangunan ada dalam peta itu. Bahagian yang baru ini pula takde buat peta tapi mereka buat aktiviti lain antaranya.

1. Ukur Aras

2. Ukur Graviti

3. Cerapan Air Pasang Surut

4. Jaringan Global Navigation Satellite System (GNSS)

Masa terjadi tanah runtuh di Batang Kali , Bahagian aku turut serta sebab mereka ada alat yang digunakan untuk mengukur kompoisisi tanah. 

Tapi kali ini aku nak cerita pasal Seksyen Graviti dan Falak, sempena bulan ramadhan ni. Antara fungsi seksyen ini 

- Hitungan maklumat magnetik bagi kegunaan pemetaan

- Penyediaan data dan cerapan rukyah hilal

- Penyediaan data waktu solat

- Hitungan arah kiblat

- Hitungan dan cerapan fenomena astronomi seperti gerhana matahari dan gerhana bulan

- Penyediaan data hitungan waktu terbit dan terbenam matahari/bulan.

Beberapa minggu sebelum bulan puasa mereka dah buat latihan untuk gunakan teleskop mencerap anak bulan, bintang di langit. Ada juga aktiviti yang aku turut serta menyibuk sekali, bila lagi kan nak merasa guna teleskop yang ada tu.

ini alat yang di panggil GNSS

ini teleskop

ini pula alat pengukur 






mereka gunakan teleskop untuk tengok bulan dan bintang



bawak Aiyan juga untuk tengok



15 comments:

  1. Wahhh, bestnya kerja dia. Bukan siapa2 dapat main teropong tu, selagi ada peluang, silalah ambil.

    ReplyDelete
  2. Jarang2 dengar bidang tugas macam ni

    ReplyDelete
  3. Baru tahu bahagian Dana buat apa. Memang bahagian penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana pun tumpang teruja kalau dengar pengalaman kerja mereka

      Delete
  4. Menarik, dapat gunakan teleskop. Peranan penting juga, kerja macam ni.
    Ada sorang kakitangan tu runner, pakai baju PJ Half Marathon. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pegawai di pejabat yang memang selalu bermesyurat dengan pegawai di jakim... gambar yang siang hari tu masa ada buat fun run kak itu pakai baju runner

      Delete
  5. Seronoknya Dana…boleh try guna teropong canggih. Seronok tengok orang kerja gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, masa baru beli tu berjuta juga harganya

      Delete
  6. Akak suka bidang ni...tapi tinggal impian jer la..ini kalau dekat memang best bawak anak- anak buah ni

    ReplyDelete
  7. Rezeki betul bila dapat peluang guna teleskop tu.. Ohsemlah Dana..

    ReplyDelete
  8. Menariknya bidang tugas Dana.
    Lain dari yang lain.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...