Friday, March 17, 2023

RESEPI TUMIS TAUHU TELUR

 Assalamualaikum semua,

Aku tak tau kenapa aku suka sangat tauhu telur ni. Kadang goreng dengan tepung jagung je pun aku boleh ngap banyak ketul. Kali ini masak tumis biasa je, makan gini ratah je pun sedap betul.

Bahan-bahan:

6 pek tauhu telur, potong dan gaul dengan tepung jagung goreng

3 pek cendawan enoki

lobak merah, potong panjang

5 ulas bawang putih, hiris

3 biji cili api, hiris

5 batang crab stik, potong kasar

1 sudu besar sos tiram

air secukupnya

sedikit minyak bijan

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih dan cili api hingga naik bau dan layu. Masukkan lobak merah dan crab stik kacau lagi hingga masak, masukkan setengah cawan air dan sos tiram.

- Masukkan cendawan enoki, biarkan cendawan layu masukkan tauhu telur goreng kacau kejap masukkan minyak bijan dan matikan api. Siap










12 comments:

  1. Aini suka tauhu telur ni x kisah la masak apa mmg favourite..
    Dulu tak suka.. skrg dah jadi favourite dah haha

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. boleh la buat hidangan puasa nanti :)

    ReplyDelete
  3. dah petang2 ni tengok lauk Dana terus rasa lapar

    ReplyDelete
  4. Akak suka tauhu lembut yang segiempat tu ..tauhu ni x berapa suka tapi ada specific masakan akak ok je makan..

    ReplyDelete
  5. Akak pun suka tauhu telur ni. Lembut, sedap dimakan.
    Terima kasih idea masakan ni Dana.

    ReplyDelete
  6. TAUHU LEMBUT CAMPUR ENOKI SEDAP TU

    ReplyDelete
  7. Lembut tauhu telor ni. Betul, ratah macam tu je pun dah cukup.

    ReplyDelete
  8. sedap ni dana... akak suka tumis sos tiram

    ReplyDelete
  9. tabur daun bawang sikit mesti naik seri warnanya

    ReplyDelete
  10. Wah.. gabungan yang ohsem.. Tauhu telur dan cendawan enoki..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...