Friday, March 24, 2023

RESEPI MASAK LEMAK LABU

 Assalamualaikum semua,

Masa balik kampung aritu emak aku ada bagi labu sebiji dekat aku dan maktek tapi aku asyik lupa nak masak. Minggu lepas baru rajinkan diri masak, mujur masih elok lagi keadaannya. Ingat nak campur pucuk ubi tapi pucuk ubi rumah aku ada banyak serangga putih-putih kat daunnya. Jadi Edy cantas je semua pokoknya, kita masak lemak labu je. Resepi aku memang ringkas sangat tapi sedap tau. Jom tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1/2 biji labu, buang kulit dan potong besar

2 ulas bawang putih, tumbuk

2 biji bawang merah kecil, tumbuk

sedikit bilis dan udang kering, tumbuk

Sedikit serbuk lada hitam

1 kotak kecil santan

Air secukupnya

garam

Cara masak:

- Masukkan 2 cawan air,  bahan tumbuk , serbuk lada hitam dan labu rebuskan hingga labu empuk.

- Masukkan santan, api sedang je perasakan dengan garam. Bila dah secukup rasa siap, matikan api.







Biar dah empuk gini baru masukkan santan



Siap dah lawankan dengan ayam goreng dan sambal belacan aduh terangkat

labu dia tu lemak berkrim memang sedap lah

22 comments:

  1. masakan paling mudah kan...tapi kat rumah akak dah x leh dah masuk lauk labu ni...angin..akak memang x makan labu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, dana pernah angin makan pucuk ubi nasib skrg dah ok

      Delete
  2. Jaman wak kecik2 dulu selalu sarapan labu rebus.
    Kalau ada minyak kelapa, dapatlah makan labu goreng.

    ReplyDelete
  3. akak tk mkn labu tp kuahnya mkn hehe

    ReplyDelete
  4. akak pun beli labu kat giant cadang nk buat esklah he hee cuti kan kat rumah baru leh masak
    kalau labu gandingan kena ada sambal tumis ikan bilis
    ngamm

    ReplyDelete
  5. dapnye..tapi tu la..x leh selalu sgt..hangin.
    kena plak ngan sambal tumis & ikan masin..dap dap

    ReplyDelete
  6. sedap ni tapi tu lah kalau masak kat umah nanti yang makan kita sorang je,kalau teringin sangat biasa beli je sesenduk buat lepas tekak sndr

    ReplyDelete
  7. Lauk kegemaran akak jugak ni. Baru masak beberapa minggu lepas.

    ReplyDelete
  8. halus labunya sedap masak lemak mkn dgn ikan masin

    ReplyDelete
  9. Sedapnye labu..buat sira labu or kolak labu pun sedap gak kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul buat pengat atau sira sedap cuma akak tak berapa minat masak manis heheheh

      Delete
  10. Sedapnya.. Macam nak kena beli juga buat lauk saur pagi esok.. hehehe.. Sha suka tambah udang kalau buat lemak labu ini..

    ReplyDelete
  11. Masak lemak putih begini bila bubuh bilis dan udang kering, naik aromanya.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...