Assalamualaikum semua,
Maaf, letak gambar dulu lupa lak nak letak tulisan dia. Sibuk sikit hari ini wei dari pagi membawak ke tengahari ni. Ini beberapa minggu lepas aku teringin nak makan kuih siput ni, jadi gigihla malam tu buat. Gaya yang mak aku buat, tak berempah sangat tapi ranggup.
Bahan-bahan:
1kilo tepung gandum
3 ulas bawang merah kecil, tumbuk halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 sudu sedang, biji ketumbar tumbuk halus
1 sudu kecil jintan manis, tumbuk halus
sedikit garam
1 sudu tepung jagung
2 senduk minyak panas
2 sudu besar planta
sedikit serbuk kari
air secukupnya
minyak masak
Cara masak:
- Campurkan semua bahan kecuali air dan minyak masak. Campurkan hingga rata baru masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh sesuai untuk disiputkan.
- Cubit sikit-sikit untuk kita jadika siput dengan pencetak dan siap. Boleh gorengkan dengan minyak yang banyak api sedang sentiasa balik-balikkan siput hingga masak.
- Bila dah sejuk baru masukkan dalam bekas tau.
masukkan air sedikit demi sedikit tau |
sampai jadi rupa gini |
ini wajib ada tau |
siput jangan besar-besar |
dah banyak gini baru kita goreng |
masa siap goreng ni je krup krap masuk mulut |
Alaaaaaa...nostalgia sangat nih....ingat dulu masa kecik2 suka tolong Mak Pah...
ReplyDeleteAntara kuih yg bila teringin mmg akan buat
Deletewahh elok kejadiannya kak! saya tak pernah buat kuih ni, tak reti lerr..tau makan aje haha
ReplyDeleteCuba nanti cik Sun, senang je janji ada cetak dia
Deleterajin sungguh la Dana ni....
ReplyDeleteTeringin lak kak bahan semua ada dah
DeleteSuka sangat kuih siput tapi tak reti buat. Beli je. Baru ni beli dekat kiosk rnr sedap tak keras sgt. Rajin Dana. Tak jual ke.
ReplyDeleteTak jual kak... tak rajin mengentel setakat mkn sendiri bolehla
DeleteDana buat sorang ke? 1 kilo tepung tu, banyak. Akak time raya je buat, itu pun kena berjemaah. Hehe..
ReplyDeletebuat sorang je kak siapa lagi la nak tolong hahahhaha...
Deleteaaaaaa kuih siput ni memang kalau time raya tercari-cari eh!
ReplyDeleteKalau makan depan tv sedar2 dah habis je hehe.
jemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)
ya betul tu sedar2 habis je kan
DeleteKecik-kecik dulu selalu kacau emak buat kuih siput untuk raya!
ReplyDeleteDulu memang wajib kuih siput ada di setiap rumah yang dikunjungi waktu berziarah raya.