Friday, March 10, 2023

RESEPI JEMPUT-JEMPUT UDANG

 Assalamualaikum semua,

Maaf la kawan-kawan hari ini sibuk dari pagi sampaila sekarang. Kene buat sistem eHadir la pulak tadi lepas tu berlatih main damak ini baru la dapat rehat kat bilik. Semalam berlatih damak sampai sakit pinggang dan kaki aduhai kelakar kan. Dah waktu rehat ni duduk la bilik sendiri, memang rutin memang gini selalunya.

Ini resepi berulang tapi takpe kan, seminggu dua ini takde rajin masak menu macam-macam. Kongsikan resepi jemput-jemput udang cara aku. Mudah, ringkas dan sedap punya.

Bahan-bahan:

500gm tepung gandum

3 biji kentang- potong panjang dan nipis

1 batang carrot- potong panjang nipis

1 biji bawang besar- potong dadu

daun kucai, potong sedang

15- 20 ekor udang- potong 3 seekor udang

1 biji telur

serbuk kunyit

garam

air secukupnya

Cara masak:

- Masukkan semua bahan dalam bekas besar kecuali air, gaulkan semua bahan  baru masukkan air sedikit demi sedikit.

- Jangan cair atau pekat sangat, biarkan kejap dalam 30 minit baru goreng dengan api sedang hingga keemasan.

- Siap, makan dengan sos cili thai sedapnya.

*kalau nak tambah hirisan cili besar pun boleh








aku tak suka goreng jemput-jemput udang saiz besar tapi suka kecik-kecik gini

16 comments:

  1. Akak tak suka udang, tapi terliur tengok gorengan Dana ni 😋

    Dana dah beberapa kali sebut main damak. Akak baru search…oo, main baling2 dart 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau tak boh udang kak... boh bilis je. Amboi bahasa melayu tak kenal ek dart kenal hahahah

      Delete
  2. Wah! mesti Dana terror main dart ni. Ada game dart ke? Mrs. A newbie lagi dalam dart ni heheheee...

    Sedapnya nampak jemput-jemput tu ada banyak rencah.

    ReplyDelete
  3. Memang sedap sangat ni Dana. Meriah isinya.
    Kak Amie kalau buat jemput-jemput udang cuma bubuh udang, hirisan bawang besar dab isi jagung saja serta sebiji telur. Itulah menu yang anak-anak berebut makan dari dulu sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput2 udang ni lagi banyak udang lg syok kak heheh

      Delete
  4. meriah coq udang ko Dana :) meh sepinggan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak, meriah gini baru layan itu nk buat pun jarang2

      Delete
  5. Wah sedap ni jemput jemput udang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah boh udang otomatik memang jd sedap

      Delete
  6. terbaik cucoq udang dana cicah dgn sos

    ReplyDelete
  7. haaa hari tu kak yatie kitchen pun ada share macam ni, letak kentang dalam cucur udang nak bagi sedap..

    ReplyDelete
  8. Akak kalau buat jemput- jemput udang x pernah letak carrot atau kentang...boleh cuba la next time

    ReplyDelete
  9. sedapnya..nak plak makan panas2 kan...emmm

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...