Tuesday, March 7, 2023

KERETA BARU YANG TAK BERAPA BARU , ALZA 2022

 Assalamualaikum semua,

Semalam masa aku buat entri kat kampung ada kak Afzan komen pasal kereta baru. Tapi sebenarnya kereta tu kami dah pakai sejak bulan November 2022 lagi tapi mungkin takde yang perasan lagi. Aku booking kereta Alza ni dari bulan Jun 2022 tapi itulah bulan November baru dapat. Kalau ikutkan king putih tu cukup je untuk kami 3 beranak ke sana sini cumanya bila balik kampung tu. Bila banyak barang dikirim terasa nak ada kereta besar, kalau nak bawak mak abah jalan pun seronok sikit. 

Kiranya ini la kereta baru yang tak berapa baru ni hehehhe. Kalau pergi kerja aku masih guna king putih je. Kalau jalan kemana-mana di hujung minggu baru guna si merah, balik kampung baru ni pertama kali bawak jalan jauh. Itu dapat bawak keluarga maktek dan paksu sekali.

Kami pilih Alza H, ini ciri-ciri nya;

Luaran

  • Lampu utama LED dengan fungsi “follow-me home”, “leaving home”
  • Cermin sisi larasan kuasa dengan lipatan manual
  • Lampu isyarat cermin sisi LED
  • Lampu belakang LED dengan kemasan seakan lampu pada pintu tailgate
  • Cermin sisi lipatan automatik
  • Lampu depan automatik
  • Lampu kabus LED
  • Lampu belakang LED dengan lampu sebenar pada pintu tailgate

Dalaman

  • Kerusi fabrik
  • Nisbah lipatan kerusi baris tengah 60:40, mekanisme satu-sentuhan
  • Nisbah lipatan kerusi baris belakang 50:50
  • Kawalan pendingin hawa digital di depan
  • Kawalan pendingin manual di belakang, dengan corong
  • Paparan multi-info LCD
  • Perehat tangan
  • Paparan pelbagai-info 7.0-inci TFT
  • Pemain audio dengan skrin sesentuh 9.0-inci
  • Enam pembesar suara (termasuk tweeter

Keselamatan

  • Enam beg udara
  • ABS, EBD, Brake Assist, Hill-start Assist, VSC
  • Sensor parkir belakang
  • Advanced Safety Assist (ASA)
  • Amaran Pra-Perlanggaran
  • Brek Pra-Perlanggaran (AEB, untuk kenderaan dan pejalan kaki)
  • Kawalan Salah Operasi Pedal
  • Amaran Pergerakan Depan
  • Amaran Penukaran Lorong
  • Penghindaran Penukaran Lorong
  • Lampu Tinggi Automatik
  • Kamera undur
  • Sensor parkir depan
  • Lampu depan Adaptive Driving Beam dengan lampu isyarat sequential
gambar ini kot yang kak Afzan perasan si Alza merah

aku dah guna king putih ni dari tahun 2010

merata dah kereta ni jalan kat semenanjung ni, Negeri Kelantan je dia belum sampai

gambar masa Edy ambil kereta






kalau lipat kerusi belakang sekali ni luas la sikit bonet belakang


kami ambil Alza 

26 comments:

  1. Replies
    1. mula-mula nak ambil alza lama tp suami akak kata tunggu la yg baru... itu la nunggu nya

      Delete
  2. Body, kaler, semua mengancam.. membuat hati berdebar-debar, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh amboi ayat nya tu ye... itu yang terpikat tu

      Delete
  3. bonet dia mcm luas je dr ARuz...kikiki...sampai laa nie x puas hati ngan bonet Aruz..hahha...rse mcm bonet Axia lagi beso...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aruz kan lagi besar dari alza kan, kalau bonet lipat luas jugak kot... ini kalau kerusi belakang tak lipat kecik je

      Delete
    2. alza baru nie lebar n rendah skit nmpknye..aruz tu mcm toyota rush baru tuh...haaa..kalau lipat kusi belakang mmg jd luas..tp kalau tak lipat, mmg x puas lah bonet nya...hahaha...

      Delete
    3. sebab aruz kan 4wd sebab tu dia tinggi kan... bonet alza pun sama comel je besar lg bonet myvi hahahhah, kalau lipat baru luas mata memandang bonetnya

      Delete
  4. aah baru perasan la Dana tu yg menegur kira baru lagi ni kalau pengantin tu masih wangi hehe
    alhamdulillah rezeki utk mak abah juga ni dapat merasa kereta yang lebih selesa...kita anak ni xada fikir lain kan kalau blh rasa nak bagi semua pada org tua

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedangkan merata dah kak berapa kali pi Bangi dengan kereta ni tapi tak nampak kot si merah ni, dana tunjuk sipi-sipi heheheh. Itulah kak beli sebab pikir kalau nk pi berjalan tu senang bawak ahli keluarga

      Delete
  5. kan blk kg mcm2 nk bw kena keta besau sikit he hee
    akak berangan jga insyaallah ada rezeki
    kena tunggu keta lama settle takda utang

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak kalau balik kampung tu yang selalunya sendat si putih tu, si putih tu dah lama abis bayar ambik masa lama jugak dana beli kereta baru kak... nak tambah hutang kene pikir betul2

      Delete
  6. comelnya Alza ni. Sesuai jika nak ronda 1 Malaya... Nanti jemputlah dtg Kelantan ye...ada byk makanan yg sedap2 n boleh shopping sakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih cikgu, itulah paling teringin nak jalan ke Kelantan tapi itulah kalau cuti sekolah atau ada cuti mesti sesak tu kan

      Delete
  7. Oh ada 2 kereta!
    Bolehlah selalu bawa Alza jalan-jalan Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada kancil tapi dah jual, sekarang tambah lagi 1 lagi kak, tambah hutang heheheh

      Delete
  8. Kak Dana,.. Husband sy pun booking alza. Konon nk kereta besar senang nak bawak mak mentua n kerusi roda dan brg2 byk. eh rupanya kontrak keje tamat. Terus tak jadi amik alza. hehehee.. Tak merasa alza..

    ReplyDelete
  9. wah cantiknya alza merah senang nk jalan2 jauh dgn fmili

    ReplyDelete
  10. Banyak good review Alza baru ni. Body cantik dan luas. Btw cantik warna merah

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya memang betul semua good review tu dik, mungkin design dia tu yang nampak jadi besar dari alza design lama

      Delete
  11. Alza ni besar skit dari Aruz..aruz tukecik sempit...hahaha...adik akak pakai Aruz so akak tau la keciknya cemana..amik la kaler grey...lagi la...

    ReplyDelete
  12. Lawo kan Alza baru ni..
    Saya jg thn lepas pernah berangan Alza baru ni..
    Potongan dia segak kan

    ReplyDelete
  13. Cantik warna kereta, nampak macam maroon.
    Memang selesa kalau dibawa jalan jauh, dan muat banyak barang.

    ReplyDelete
  14. Alza yang latest ni body smart sket

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...