Friday, July 8, 2022

RESEPI KACANG BENDI TUMIS TELUR

 Assalamualaikum semua,

Insyallah hari ini kami akan balik kampung, dalam tengahari jugak la. Malam tadi tengok jem dah menghala ke pantai timur hari ini entahla redho jelah...moga perjalanan kami lancar dan selamat sampai.

Resepi hari ini adalah sayur kegemaran, bendi tumis telur. Senang nak masak dan sedap.

Bahan-bahan:

10 ke 15 biji kacang bendi potong serong

3 ulas bwg putih,hiris nipis

1 biji bwg merah besar, hiris nipis

5 biji cili api hiris 2

2 biji telur

Sedikit garam

Cara masak:

- Tumiskan bawang putih, merah dan cili api hingga layu

- Masukkan bendi kacau hingga merata bumbu tapi jangan masak lama-lama , masukkan telur 

- Bila telur dah nak masak baru gaulkan semua dengan bendi, masukkan garam gaul sebati dan siap.




Ketepikan bendi baru masukkan telur ya

Siap... bendi biar rasa segar lagi jangan masak lama-lama

16 comments:

  1. Selalu gak masak macam ni...tapi kan bendi ni kan..kena pandai potong kan...kalau tak dia berlendir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana biasa sebelum nak masuk dlm kuali baru potong, kalau potong awal sgt mmg berlendir sgt

      Delete
  2. sedap tu..biasa masak bendi kicap cili

    ReplyDelete
  3. tak pernah aku masak dgn telur, selalu dgn ikan bilis je. nanti nak try juga sb tgk pic dana ni cam mmg sedap je kan

    ReplyDelete
  4. sodap ni.
    dulu kala makan kat kedai mamak aje.
    now da kerap jugak masak sendiri.
    simple :)

    ReplyDelete
  5. Terasa2 keenakan bendi di tekak 😄

    ReplyDelete
  6. Aini masak bendi kadang2 letak telur..kadang2 tak..ikut mood..haha

    ReplyDelete
  7. masak ngan serbuk kari dap...suka bendi

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...