Friday, July 29, 2022

RESEPI DAGING MASAK KICAP

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi daging masak kicap cara dan gaya aku. Yelah setiap orang ada gaya dan cara sendiri, aku punya sudah semestinya yang paling mudah dan ringkas. 

Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan: 

500gm daging lembu, potong nipis 

Rempah 4 sekawan

2 batang serai,ketuk

5 ulas bawang putih, hiris nipis

2 biji bawang merah besar hiris nipis

2 inci halia, hiris nipis

1 sudu besar serbuk lada hitam kasar

4 sudu besar kicap lemak manis

1 keping asam keping

1/2 cawan santan

Garam

Cara Masak: 

- Tumiskan rempah 4 sekawan dan serai, lepas tu masukkan semua bahan yang kita hiris. Masak hingga layu dan naik bau

- Bila dah layu semua bahan tumisan tu masukkan serbuk lada hitam , asam keping dan daging. Kacau hingga sebati dan tutup kuali dengan penutup untuk 10 ke 15 minit. 

- Bila daging dah nampak separuh masak, masukkan kicap dan sedikit air tutupkan lagi kuali dengan penutup untuk 10 minit. Lepas tu masukkan santan dan garam bila dah cukup rasa boleh matikan api. 

Siap








12 comments:

  1. Sejak ada banyak stok daging ni...anak dara akak tu seminggu 2-3 kali buat..akak dah rasa muak..tapi dia memang suka la..dia masak sendiri utk bekal dia pi kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari kerja nak masak memang malas kak, jadi daging tak rajin sangat nak masak heheheh

      Delete
  2. oh ni versi ltk santan..akak daging masak kicap yg tk letak santan

    ReplyDelete
  3. nak try laa tapi guna kicap pedas mahsuri. jimat takyah letak lada haha

    ReplyDelete
  4. teringin nak rasa sedap sgt tu

    ReplyDelete
  5. dari raya haji haritu lagi teringin, tapi tak masak masak lagi XD

    ReplyDelete
  6. Oo Dana letak santan ye. Boleh Cuba la nanti

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...