Monday, July 25, 2022

HARI SUKAN DAN MASKOT HARIMAU COMEL

 Assalamualaikum semua,

Ya Allah, dari pagi sibuk sampaikan terlupa nak siapkan entri yang aku tengah karang pagi tadi. Gini lah kerja setiausaha ni ada kala bila sibuk memang tak sempat nak buat entri tapi bila dah lapang kadang sampai tersenguk-senguk. 

Semalam ada Hari Sukan sekolah Aiyan dan dia ikut dalam perbarisan. Cikgu pilih dia jadi maskot, kene pakai konstum harimau. Nasibla mudah nak cari maskotnya, bila dia dah pakai ramai yang puji betapa comelnya harimau ni. Yelah dengan pipi dia yang bulat, sampaikan cikgu kelas dia pun geram cubit pipi dia kiri kanan. hahahah

Hari ini sekolah dia cuti, cuti peristiwa kan sebab semalam hari sukan. Hari aku hantar Aiyan ke rumah maktek sebab dia selsema dan batuk sikit. Jom lah kita tengok gambar maskot harimau comel tu ya.

dalam pukul 7.30 pagi sampai terus siapkan dia pakai kostum ni

ambil gambar dekat, tapi harimau ni muka dia kelakar sikit la heheheh 

dari belakang

kostum ni memang besar dan longgar tapi sebab dah takde kira boleh la janji muat dekat dia


siap sedia beratur untuk perbarisan


rumah merah tema lady bird

rumah biru burung kakak tua

rumah kuning pun harimau juga

sambil tunggu amanat dari Guru besar dan pengerusi PIBG

habis perbarisan kami terus balik sebab ada mesyuarat penduduk pulak


video perbarisan

11 comments:

  1. alolo comelnya anak rimau ni..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah memang tak menakutkan la kalau rupa gini kan harimaunya

      Delete
  2. Itulah ingat harimau tutup muka. Ini harimau comel dan suka tersenyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar sangat harimau tu sampai kan nak tertutup muka dia

      Delete
  3. Memang comel betul si comel belang ni tau. Rasa nak cubit-cubit jew pipinya yang bam bam tu.

    ReplyDelete
  4. Wah ada maskot waktu sukan...sukan sekolah daerah sy ni xpernah nk buat maskot, menarik kalau ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nak bagi meriah kan, ada yang buat sendiri maskotnya

      Delete
  5. Comel costume dia..macam nak beli untuk Aisyah je..haha

    ReplyDelete
  6. Harimau comel beraksi. Mesti Aiyan seronok. Menarik tema rumah sukan masing-masing.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...