Assalamualaikum semua,
Sekejap pulak dah sampai khamis ya, terasa cepat hari berlalu. Hari ini kena jaga Aiyan di pejabat sebab dia batuk dan selsema. Nak hantar transit pun tak boleh bila selesema dan batuk jadi mama la kene berkorban.
Takmo bebel panjang jomla kita layan cerita bergambar ya.
|
minggu lepas maktek dan Ecah datang rumah |
|
Sebelum balik suruh la maktek petik ulam ke herba apa yang dia nak guna |
|
Aku pakai chop kecik ni je untuk hancurkan bawang, dia takdelah halus kasar-kasar gitu |
|
Bila teringin nak makan sarapan kuetiaw goreng, masak la sendiri kan . Ini menu sabtu lepas |
|
pokok lavendar aku haritu mati tapi aku sempat la ambil sebatang cucuk dekat pasu bunga orkid, tak sangka hidup lah pulak |
|
pokok kari belakang rumah yang makin membesar |
|
walaupun kecil lagi pokok limau purut ni tapi sangat berguna.. banyak kali jugak bagi kawan pejabat daunnya tu |
|
dah lama tak masak lempeng, bila jumpa orang jual laju je beli sedap pulak tu cicah dengan sambal tu |
|
lepas siram pokok kita selfie la kejap, cuaca cantik masa ni |
|
harga kepak bakar ni dah RM2.50 seketul |
|
gambar semalam masa tengah tunggu doktor di Hospital Tuanku Azizah |
|
bunga ros kampung yang tahan lasak, makngah yang bagi ni |
|
sofa ni memang dah jadi tempat lepak mereka, aku bangun je nak masuk bilik terus semua melepak atas ni |
|
semalam minta tolong maktek jagakan, masa ni tengah makan sup dengan nasi |
|
maktek kirimkan gambar kartun yang Aiyan lukis |
|
gambar hari ini, sampai je pejabat dalam pukul 7 pagi, terus makan mehun goreng. |
Cantik drawing aiyan
ReplyDeleteikut mood dia tu kadang kita suruh dia tak heran pun nak buat
DeleteMoga Allah beri kesembuhan buat Ayyan.
ReplyDeleteTergodanya tengok kue tiaw goreng Dana tu lah.
amin mekasih kak.... itulah sejak dua menjak ni minat betul dengan kuetiaw goreng
Deletekepak ayam terliur
ReplyDeletepeberet tu kak oi walau harga makin mahal
Deletepandai melukis..moga Aiyan cepat sembuh key
ReplyDeletemoga aiyan cpt sembuh amiin
ReplyDeleteterima kasih kak PI
DeleteTerliur tengok udang dalam kuetiau goreng itu.
ReplyDeleteNasib baik boleh bawa Aiyan ke pejabat. Semoga Aiyan cepat sembuh.
menggoda kan kak udang tu, boss kat pejabat ni memang baik faham masalah pekerja
DeleteSemoga Aiyan cepat sembuh.Ramai yang tak sihat sekarang ni.Kat tempat kerja pun ramai yang mc...Semoga semua dikurniakan kesembuhan
ReplyDeleteAiyan buat mokcik tanjat sekejap .
ReplyDeleteRoblox mokcik terbaca goblox..🤣
Astaghfirullah...
Semoga Aiyan dikurniakan kesihatan yang baik.
Semoga Aiyan segera sembuhnya
ReplyDeleteSejuk tgn Dana ni tanaman semua menjadi
ReplyDelete