Monday, July 4, 2022

PROJEK ALBUM GAMBAR

 Assalamualaikum semua,

Beberapa minggu lepas aku ada buat projek album gambar, dok pilih gambar raya tahun ini dan tahun lepas kumpul dan cetak lepas tu masukkan dalam album gambar. Dulu senang jumpa album gambar di Mr Diy tapi sekarang dah takde dah rupanya. Aku cetak gambar guna aplikasi pixajoy je, senang , cantik hasilnya dan harga pun berpatutan sangat. Beli album gambar jenis yang melekat atau `sticky` agak mahal harganya tapi demi nak siapkan projek ok je.

Bila dah di susun dalam album, suka betul belek satu-satu gambarnya tu. Puas lain macam tengok album dari belek di hp atau pc je. 

*Ada ke kawan-kawan yang tak boleh komen di blog aku ni? Sebab makin lama makin sepi blog aku ni, sebab ada pernah kena kes tak boleh tinggalkan komen di blog, kot la ada terjadi gitu bagitau aku ya.

Asingkan gambar ikut kategori

album yang aku beli

cetak dengan pixajoy dia masuk dalam bekas kotak macamni, kemas tersusun

Ini gambar untuk projek album kedua pulak

video album gambar yang siap disusun

18 comments:

  1. next time, try buat photobook plak..lagi senang. takyah beli album... lagi senang. 1 photobook 1 occasion or celebration... boleh add on tarikh, wording ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah buat photobook jugak kak, tapi entah dana lebih suka pilih print dan albumkan heheheh...

      Delete
  2. Waalaikumussalam Dana, tu la byk gmbr dlm HP dan PC , elok juga idea Dana kita kita print n simpan dlm album mcm dulu². Aplikasi pixajoy ni mcm mana dana, boleh share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak dana suka kalau dialbum kan gini, pixajoy tu senan je kak. Akak sign up di pc atau guna hp pun boleh nak print atau buat photo book senang je. Kalau ada masa nanti dana kongsi macamne ye

      Delete
  3. Seronok tengok gambar balik sambil imbau kenangan.
    Akak alhamdulillah boleh sahaja komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dana suka jadikan album pastu belek satu2 kan... memang kenangan betul

      Delete
  4. alaa..bestnya..nak buat camni jugak..tapi x pandai..sblom ni pernah buat..puas godek2..x menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pakai pixajoy ni mudah sangat kak... nanti cuba akak belek-belek ya

      Delete
  5. sy pon suka camni.. puas ati blh belek gmbr dlm album.. walaupon agk oldschool tp sy sukaaaa! nt nk try gne apps pixajoy jgk la.. bru je lps print gmbr raya.. tu pon mtk tlg kwn printkan.. hrga pon ok.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah biarlah oldschool tapi lagi best memori tu di bukukan... cuba dik senang guna apps pixajoy tu

      Delete
  6. Album real ni membikin nostakgik la dana...
    Dak-dak sekarang kenal album maya ja kotšŸ¤­

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah tu kak, nostalgia lain bila belek gambar dekat album

      Delete
  7. Boleh ditengok sampai anak cucu bak kata arwah nenek PC.

    ReplyDelete
  8. akak x terbuat lg utk thn ni dana... masa zaman pkp tu rajin je buat... skrg ni mcm xde masa pulak nk godek benda² mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat mana yang rajin sikit-sikit kak, dah lama nak buat tapi asyikla lupa je

      Delete
  9. cantik lah gambarnya, nak try print dekat sini jugak lah. Packaging box dia pun cantik

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya tgk gambar di album lagi syok. Belek2 sampai layan kenangan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...