Friday, June 12, 2020

RESEPI UDANG MENTEGA TELUR MASIN @ PRAWN SALTED EGG

Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di hari jumaat yang indah ini. Seperti biasa, segmen berkongsi resepi mudah lagi sedap dengan kawan-kawan.  Cuma kali ini aku guna paste yang dah siap bukan yang buat dari awal  hehehhe. 

Bahan-bahan:

600 - 800g udang ( bersihkan dan gaul dengan tepung bestari)
4 -5 ulas bawang putih, hancurkan
8 biji cili api, potong bulat
2 tangkai daun kari
3 sudu besar mentega
5 sudu besar susu cair ( kalau tak nak bagi pun boleh)
1 paket salted egg paste ( boleh guna apa-apa jenama)

Cara masak:

- Gorengkan udang separuh masak dan angkat
- Cairkan mentega, masukkan bawang putih, cili api dan daun kari, tumis hingga harum dan sedikit warna keemasan.
- Masukkan paste dan susu cair, masukkan udang dan kacau rata
- Masakkan hingga menyalut semua udang dengan rata dan boleh matikan api. Siap


aku cuma potong je bahagian kepala dan sesunggut udang tu


kalau ada cili api yang merah lagi sedap

goreng udang ni jangan sampai garing sangat

aku pakai paste ini... pakai paste lain pun boleh banyak dah ada sekarang kan

masa tumis ni bau dia punyala semerbak harum

masukkan paste dia pulak lagi lah aroma dia... sepatutnya aku pakai separuh je paste ni heheheh

gaul rata semua yek... geram nengok teringat rasa nak buat lagi

dah siap.... mengancam dan terancam nengoknya

51 comments:

  1. elok le tu masuk habis paste tu..boleh beli yg lain pulak. kalau guna 1/2 sian company tu nak kene tunggu lama utk dana beli lagi 1 hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahahhah.... sila perkiraan kalau tak boh separuh pun dah ok

      Delete
  2. Replies
    1. Rasanya sekarang banyak dah ada jual paste dan serbuk

      Delete
  3. Sedapnye kak, saya pun kan baru buat jugak butter salted egg ni. Fuhhhh.
    Tapi guna paste nampaknya lagi berkuah, laaagi syok ni. Nanti nak try carik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini akak terboh sepeket banyak sangat hehehhhe

      Delete
  4. Laaa ada paste rupanya salted egg ni. Lagi senang. Rasa dia sedap macam tak guna paste tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, sekarang dah banyak jenis rasanya... bagi akak lebih kurang macam yg buat sendiri

      Delete
  5. Sedapnya.. Kalau jumpa pes ini boleh buat juga..

    ReplyDelete
  6. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  7. sedap sungguh ni kak.. feveret saya juga kalau udang-udang ni. cuma tak pernah masak sendiri lagi udang butter. nanti bolehlah try buat, ikut resepi akak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh akak pun suka udang, ini kira pertama kali akak cuba dengan paste boleh tahan

      Delete
  8. selalu tgok resepi ni di blog tp blom pernah cuba. mula2 ingat kena masukkan telur masin ori rupa2nya cuma guna pes aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada telur masin yang ori boleh juga, cuma tulah nak kene guna banyak biji telur masin

      Delete
  9. Kita pun suka pakai tepung bistari ni...goreng tempe pun celup tepung bistari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat dan mudah tak perlu garam dan rempah lain

      Delete
  10. Sedapnya.. nanyi nak cuba jugak la.. suka betul udang. Ketam lagi suka. Buat dengan ketam pun sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ada kawan kata buat dengan ketam lak... nanti kalau ada kita cuba ketam lak

      Delete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. oo ada paste salted egg ek? baru tau.. ingatkan salted egg ada serbuk je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 serbuk sekarang dah makin advance ada paste lak

      Delete
  13. macam sedap jer..tapi macam berlemak la pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berlemak dah guna mentega kan... hahahha

      Delete
  14. sedap sangat tu baru tau ada paste telur masin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kak cuma tak boleh buat selalu hehehhe

      Delete
  15. tengok sambil telan air liuq! 😝😁😜😜😜

    senang kan ada paste tersedia. aku aritu guna jenis yg serbuk pun ok. kalau dulu, sibuk duk masak telur masin pastu menghancurkannya. telur putih silap2 buang sebab takda yg nak mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul wei... dulu leceh sikit nk sediakan bila dah ada serbuk dan paste ni lagi senang kerja kan

      Delete
  16. Sungguh...... menyelerakan 😂😂

    ReplyDelete
  17. Waduh sedapnya... Besar gak.udang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah orang nya beli besar kita on je hehehhe

      Delete
  18. Ooo...ada paste pula sekarang.boleh la cari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sekarang dah senang.. kita try je heheheh semua

      Delete
  19. aaa sedapnya! Menggoda sangat kita yang tengok ni haaaa

    ReplyDelete
  20. ehm. ni teringin tapi nak beli paste tu tak sempat..nampak menyelerakan sangat ..haish dah la un memang suka udang tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jumpa memang kene grab paste tu UN sebab memang sedap

      Delete
  21. perghhh gabungan dua rasa yang padu!

    ReplyDelete
  22. Sedap! Fiza guna brand adabi tu. baru cuba rasa tapi belum cuba untuk udang lagi. asyik ayam je. udang goreng rangup lagi lah sedap rasa dia

    ReplyDelete
  23. ejulz kalau bab udang ni, bakar kosong mcm tu pun dah sedap. hehe

    ReplyDelete

  24. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete
  25. Wahh sedapnyaaa kak Dana. Nani tak pernah try yang jenama ni, next time boleh lah beli.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...