Monday, June 15, 2020

JUTE BAG COMEL

Assalamualaikum semua,

Bermula 15hb Jun kami semua penjawat awam perlu kerja seperti biasa dengan mengikut SOP normal baharu untuk PKPP ini. Kerja 5 hari seminggu dan balik ikut waktu fleksi seperti sebelum ini dah tak boleh kerja pukul 8.00- 3.00.  Aku mula bangun pagi lebih awal seawal jam 5.15 pagi untuk masak sarapan dan makan tengahari untuk paksu dan aiyan di rumah. Insyallah akhir bulan nanti kami akan balik kampung johor sekali dengan hantar paksu ke kampung, jadi masa tu aku terpaksa bawa aiyan ke pejabat.

Tercerita lain lak, sedangkan nak cerita pasal jute bag yang tengah viral ni. Walaupun aku lambat baru buat jute bag ni tapi ada aku kesah heheheh. Biras aku ada buat company percetakan dan jute bag antara produk nya, apa lagi laju-laju lah aku pesan untuk aku dan adik-adik. Harganya pun murah rm30.00 sahaja untuk 1 beg siap dengan nama.

sampai dah semua yang aku pesan...

ini untuk nenek aku kat kampung

ini untuk mak aku di kampung juga
ini untuk mak mertua ku... 
ini untuk maktek

ini makyan adik no 4 aku

makngah punya paling cantik colornya... untuk adik no 2

ini untuk aku... heheheh beg untuk bawak bekal ke pejabat

aku kene lah pesan lebih kan, ini beg kot nak pergi jalan mana-mana heheheh


33 comments:

  1. Alhamdulillah. Murah rezeki Dana, berkongsi dengan ahli keluarga tercinta... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin kak... moga betul-betul murah rezeki dana

      Delete
  2. Wow, bestnya... berkongsi dengan keluarga ni, murah rezeki awak nanti...

    ReplyDelete
  3. Banyak juga Dana buat jute bag, siap untuk nenek sekali.
    Apapun memang berguna kalau pergi pasaraya beli barang-barang keperluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab rapat dengna nenek,berguna juga beg ini kiranya untuk dia bawak ke mana-mana...stylo gitu kan

      Delete
  4. Mesti berbaloi2 bila memakainya kerana dpt brg berkualiti pd harga yg murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu cikgu... rasa seronok lagi lah siap ada nama kita kan

      Delete
  5. murah jgk la rm30..
    aritu terasa jgk nk buat tp fikirkan hrga mahal smpai sudah xbuat.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun dok tengok ig mahal, bila biras kata dia amik rm30 je apa lagi... laju jelah kita oder

      Delete
  6. satu tu rm30 ke atau kesemuanya rm30.,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak-agak la wak, satu tu rm30 takkan semua wak oi... ini bukan plastik kresek wak hahahaha

      Delete
  7. Cantiknya.. Paling best sebab Boleh personalized letak nama

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali bekerja, jangan lupa blog macam mana perasaan dan feel masuk kerja semula nanti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak dah mula kerja dari awal bulan 5 hari tu cuma masa tu ikut penggiliran

      Delete
  9. Terpampang nama..jgn berani2 cuba curi2..

    ReplyDelete
  10. Design bag cantik dan murah..paling best siap boleh tulis nama.

    ReplyDelete
  11. Ala cantiknyaaa....senang nak fail dan dokumen ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah sebab utamanya... bawak jalan pergi mall pun cun

      Delete
  12. lawa beg ni,tapi belum jumpa yang berkenan..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe itulah sekarang ada macam-macam pilihan dan harga

      Delete
  13. Jute bag memang tengah in kan sekarang kak. Boleh customized jadi goodies ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tuh... cantik sebab boleh siap tulis nama tuh

      Delete
  14. ha'ah yang makngah punya tu paling cantik sebab dia takde poket kat depan pastu colour dia naik. Nice la bila buat hadiaah jute bag ni

    ReplyDelete
  15. BEG VIRAL NI TERINGIN juga nak 1, tapi duk fikir nak letak apa..dan kegunaannya apa..taku tbeli tapi tak guna rugi lah pulak

    ReplyDelete
  16. Pergh!! Cantiknya beg-beg tu Dana..

    ReplyDelete
  17. haah lerrr...cantik lahhh kaler hijo tuu...dia bagi sekali dengan riben tu ek? nak detail...macam nak order lak

    ReplyDelete
  18. Siap ada nama lagi tu. tak ada dah tertukar ke terambil ke kan. cantik beg akak siap ada riben lagi. exclusive gitu

    ReplyDelete

  19. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...