Monday, February 10, 2020

KOLEJ BARU PAKSU , KOLEJ IBRAHIM YAAKUB HIGHLANDER

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Alhamdulillah hari ini batuk aku dah beransur pulih. Moga terus sihat la hendaknya ya kawan-kawan. Aku nak cerita pasal paksu @adik bongsu aku yang belajar di UKM. Bulan lepas kan aku ada ke sana untuk ambil barang dia sebab dia kene tukar kolej lain. 

Semalam pagi kami hantar la dia untuk daftar di kolej baru, sebelum ni KTHO (kolej tun hussein onn) kolej baru lak KIY (kolej ibrahim yaakub). Lepas sarapan dalam kul 9 lebih kami terus gerak ke UKM sampai dalam kul 10 lebih terus ke KIY kejap je daftarnya dan hantar barang ke bilik. Kolej baru ini lebih dekat dengan fakulti nya cuma sangat mencabar kolej kali ini.  Kami nampak tangga yang tinggi untuk paksu daki dan turuni setiap hari heheheheh

* Takziah dan Alfatihah buat arwah Abam Bocey @ Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan yang baru meninggal dunia pagi tadi. 

sabtu tengahari sampai rumah aku, dengan maktek nya 

kolej dia ni ada di tempat tinggi... 

sibuk pakai songkok katanya... sementara tunggu paksu daftar

paksu hantar barang ke bilik, dapat tingkat 3

abam sado kene la tolong angkat barang juga

dia kata mama cepatlah ambil gambar aiyan ni... hehehe handsome sangatla tu dia rasa
muka aku tanpa makeup ... semua bedak foundation kat rumah habis, aku jenis barang makeup semua kat pejabat

papa sibuk duk ambil gambar, tingkat 3 tapi kira tingkat 2 lah sebab tingkat bawah sekali dikira tingkat 1

lepas dah letak beg, nak kuar ke kedai eco dan pasaraya untuk beli barang keperluan sikit.. bukan main manja dia

lepas beli barang kt eco dan sementara tunggu paksu beli barang kt pasaraya giant kami layan ayam uncle jack.. ini semua rm30 je

gambar sebelum kami balik, bye bye paksu, belajar baik-baik itu pesanan aiyan 

patut tertulis, Kolej Ibrahim Yaakub Highlander... dia punya tangga nak di daki

dia punya tangga tuh bukan kaleng-kaleng tau 

kalau aku lah memang boleh kurus hari-hari daki tangga nih naik turun

aku tak pasti kalau ada laluan lain, aku nampak tangga ini dan laluan kereta je depan tu

bilik paksu, perabot nampak lebih baru dari bilik sebelum ini

gambar yang papa ambil dari tingkat 3 bilik paksu

gambar paksu kirim malam tadi, kakak-kakaknya dok pesan jangan lupa baca yassin ... ini baru lepas baca yassin katanya...masa ini roomate nya belum sampai lagi


Friday, February 7, 2020

RESEPI IKAN CENCARU AIR ASAM

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Maaf hari ini lambat buat entry, aku cuti rehat badan rasa tak berapa sihat. Dok batuk-batuk sampai sakit dada, makan ubat dah tapi ambil malam je sebab ubatnya mengantuk sangat.

Aku biasa jumpa orang jual ikan kembung air asam tapi haritu Edy beli cencaru dah bosan nak bakar itu aku cuba resepi ini. Pakai hentam je

Bahan-bahan:

4 ekor ikan cencaru sedang
3 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, potong dadu
7-10 biji cili api, hiris bulat
2 batang pokok ketumbar, hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan potong dadu
1 sudu besar paste asam jawa
1 sudu kecil otak udang (boleh gantikan dengan belacan)
1 sudu kecil gula
Sedikit air
Garam secukupnya

Cara masak:

- lumurkan ikan dengan garan dan hirisan bawang putih, kukuskan ikan hingga masak
- dalam mangkuk campurkan semua bahan hiris bawang merah, cili api, daun ketumbar, tomato,paste asam jawa, otak udang, gula garam dan air serta gaulkan hingga sebati
- bila ikan kukus dah masak, tuangkan air asam tadi... siap


Gaulkan dengan garam dan bawang putih 

Satukan semua bahan dan tambah air

Jangan lupa rasa, kene ada masam masin pedas sedikit manis

Ikan kukus dah masak, keluarkan dan siramkan

Mandikan macam ni..
 Cantik kan


Add caption
Lawankan dengan masak lemak putih tauhu dan tauge


Thursday, February 6, 2020

PHOTO DIARY #6/2020 KEK MINYAK MUDAH DAN RESEPI NYA

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Walaupun tajuk photo diary tapi kali ini aku cerita pasal kek minyak dan resepi ringkas yang aku guna. Sejak 2minggu lepas aku telah di paksa oleh si Aiyan untuk buat kek. Dia sibuk nak bawa bekal kek ke sekolah, jadi aku cuba lah buat kek yang mudah dibuat sendiri. 

Aku cuba buat kek minyak, resepinya mudah ringkas dan hasil nya pun wallah. Bila buat sekali berhasil setiap hari dia akan ajak buat kek, dia seronok bila dapat buat kek sama-sama. Percubaan pertama aku gunakan BM aku tapi memang malang tak berbau BM aku buat hal. Jadi aku masak guna rice cooker.

Si Aiyan sangat teruja sampai setiap hari dia ajak buat buat kek... huhuhu sabar jelah aku

Bahan-bahan untuk kek minyak cokelat

4 biji telur gred B
1 cawan gula halus
1 cawan susu cair/ susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalete (kalau takde takpe)

*kalau nak buat kek biasa, tukarkan 1 cawan serbuk koko dengan 1 cawan susu tepung

Cara masak:

- Pukul telur dengan gula halus hingga kembang
- Masukkan susu cair, susu pekat, serbuk koko dan minyak jagung pukul lagi hingga sebati
- Masukkan esen vanilla, ovalete dan akhir sekali tepung sedikit demi sedikit hingga rata semua. 
- Jangan lupa sapukan minyak atau mentega di sekitar periuk dan masukkan adunan kek, ketuk-ketuk sikit sebelum masukkan dalam rice cooker dan tekan fungsi kek. 


aku guna sukatan cawan ikea ni lebih mudah kerja
percubaan pertama aku masuk je semua dalam BM nih... mula tu ok je dia pukul bagai 

siap dah sebati semua tup-tup dia buat hal, takmo bakar... itu aku keluarkan dan bakar kat rice cooker

bila BM aku buat hal, aku terpaksa masak guna rice cooker... guna fungsi cake tu...
comot nya rice cooker aku

percubaan pertama ok jadi cuma masa ini kurang manis sebab susu pekat aku tu tak sampai penuh 1 cawan

dalam gebu cuma kurang manis, selamat si aiyan bawak sekolah sebekas

esoknya aku cuba lagi, tapi aku blend je bahan-bahan basah tapi aku tak guna minyak aku guna mentega masa ini

bau sedap tapi tak naik sangat, bila dah potong dia kerasa sikit... mungkin sebab tak kembang sangat...

percubaan ketiga, hari sabtu 1feb buat kek coklat lagi... kali ini aku dah jumpa mixer aku

cantik elok masak nya... 

gebu dan lembut, manis pun dah ok sebab guna susu pekat 1 cawan penuh 

bukan main seronoklah si Aiyan

ahad petang 2hb feb dia suruh buat lagi kek, aku dah tolak tetap dia nak jugak...ikut kan jelah

beria dia tolong buat kek... 

ada 3 warna pink, hijau coklat tapi sebab dia dah kacau-kacau jadilah bercampur gini

yang ini kami tambah sikit mix fruits, bukan main seronok lagi dia masa ni

kira jadilah bagi aku, yelah buat suka-suka kan

isnin petang buat kek lagi, kalau ikutkan aku guna warna hijau dan coklat, tapi aku dok lupa nak asingkan adunan tu boh serbuk koko dulu... hambik 


terpenuh lak, sebab aku terlebih boh tepung rasanya... tapi nasibla jadi jugak

bekal aku bawak ke pejabat, aiyan pun aku bekalkan jugak kek macam ni

Wednesday, February 5, 2020

BERTUAH PUNYA ADIK

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Khamis lepas adik bongsu aku ada whatsapp gambar sate sebekas besar. Meleleh air liur tengok, teringat kesedapan sate yang selalu abah pesan kalau kat kampung. Giliran abah buat tahlil dan yasinan, abah tak nak emak penat-penat rewang dan masak jadi abah pesan sate je. Lepastu ada lah sikit-sikit kuih mendatang. 

Hati sakit je nengok adik-adik aku dok tayang sate tuh... 

sebekas besar tu untuk orang yang datang tahlil, orang kat rumah pun mesti puas makan
esoknya aku suruh edy belikan sate, tapi boleh lak sate daging dah habis... tak hilang kempunan tau

Tuesday, February 4, 2020

CERAMAH BULANAN USTAZ SYAMSUL DEBAT

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Cerita hari rabu lepas , ada ceramah bulanan pertama anjuran jemaah islam jupem dan puspanita. Di jemput ustaz Syamsul Debat, penuh dewan ko. Tak pernah-pernah dewan sampai penuh padat sendat tapi dek kerana SD memang penuh. Ceramah mula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. 

Tapi memang tak bosan, gelak ketawa je sepanjang masa, gelak sampai keluar airmata . Tapi dalam gelak ada nasihat dan teguran yang buat kita boleh terima semuanya. Memang best lah SD punya ceramah, dia lak cakap nogori selamba je.


bagus SD nih sharp kul2.30 dia dah mula bagi ceramah...

gambar amik dari hujung dewan, depan semua dah penuh, itupun belakang aku ada lagi yang lambat baru masuk 

Monday, February 3, 2020

MINYAK WANGI DIA

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Si Edy tu sejak dah kahwin minyak wangi nya tak pernah beli sendiri. Kadang bila aku terlupa sedar-sedar kering dah minyak wangi nya bukan nak bagitau aku tu. Cuma nasibla dia tak cerewet sebab aku pilih minyak wangi ikut selera aku, aku tak beli yang bau nya agak lembut atau yang keras sangat bau nya. Lagilah dia kerja di tapak yang selalu kene berpanas kan.

Harga dan jenis minyak wangi yang aku beli ikut pada kesesuaian kewangan. Kalau kebetulan ada promosi minyak wangi yang harga mahal dapat murah aku beli. Selalunya aku beli produk Body Shop atau Avon. Minyak wangi avon untuk lelaki pun boleh tahan sedap juga bau nya.

jumaat lepas, beli dengan akak ni... selalu dapat less atau dapat hadiah 

beli sekali perfum untuk aku, yang kanan edy punya kiri aku punya

dua ini dapat dengan harga RM120
beli minyak wangi ni akak tu siap bagi beg ini lagi.... cantik jugak 

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU

Assalamualaikkum semua kawan-kawan,

Buka blog pagi ini nampak kak Adda  ada tag aku untuk join segmen ini. Selalunya aku memang agak malas untuk join kecuali kawan yang aku kenal. Tapi pagi ini mood aku agak baik dan masih lagi free jadi aku pun joinlah. Tak salah menambah kenalan kan. Selamat berkenalan Beeha.

Aku tag kak ShirVen dan kak Sha untuk join jugak ya.

klik sini untuk join


Syarat-syarat penyertaan segmen ini:

1. follow blog Beeha Azman  dan subscribe youtube channel beeha azman.
2. buat title post seperti di atas, copy banner dan backlink ia ke post ini
3. Tag dua blogger lain.
4. Jangan lupa tinggalkan link entri anda di ruangan comment

Segmen ini akan berlangsung hingga 18 februari 2020.