Monday, February 10, 2020

KOLEJ BARU PAKSU , KOLEJ IBRAHIM YAAKUB HIGHLANDER

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Alhamdulillah hari ini batuk aku dah beransur pulih. Moga terus sihat la hendaknya ya kawan-kawan. Aku nak cerita pasal paksu @adik bongsu aku yang belajar di UKM. Bulan lepas kan aku ada ke sana untuk ambil barang dia sebab dia kene tukar kolej lain. 

Semalam pagi kami hantar la dia untuk daftar di kolej baru, sebelum ni KTHO (kolej tun hussein onn) kolej baru lak KIY (kolej ibrahim yaakub). Lepas sarapan dalam kul 9 lebih kami terus gerak ke UKM sampai dalam kul 10 lebih terus ke KIY kejap je daftarnya dan hantar barang ke bilik. Kolej baru ini lebih dekat dengan fakulti nya cuma sangat mencabar kolej kali ini.  Kami nampak tangga yang tinggi untuk paksu daki dan turuni setiap hari heheheheh

* Takziah dan Alfatihah buat arwah Abam Bocey @ Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan yang baru meninggal dunia pagi tadi. 

sabtu tengahari sampai rumah aku, dengan maktek nya 

kolej dia ni ada di tempat tinggi... 

sibuk pakai songkok katanya... sementara tunggu paksu daftar

paksu hantar barang ke bilik, dapat tingkat 3

abam sado kene la tolong angkat barang juga

dia kata mama cepatlah ambil gambar aiyan ni... hehehe handsome sangatla tu dia rasa
muka aku tanpa makeup ... semua bedak foundation kat rumah habis, aku jenis barang makeup semua kat pejabat

papa sibuk duk ambil gambar, tingkat 3 tapi kira tingkat 2 lah sebab tingkat bawah sekali dikira tingkat 1

lepas dah letak beg, nak kuar ke kedai eco dan pasaraya untuk beli barang keperluan sikit.. bukan main manja dia

lepas beli barang kt eco dan sementara tunggu paksu beli barang kt pasaraya giant kami layan ayam uncle jack.. ini semua rm30 je

gambar sebelum kami balik, bye bye paksu, belajar baik-baik itu pesanan aiyan 

patut tertulis, Kolej Ibrahim Yaakub Highlander... dia punya tangga nak di daki

dia punya tangga tuh bukan kaleng-kaleng tau 

kalau aku lah memang boleh kurus hari-hari daki tangga nih naik turun

aku tak pasti kalau ada laluan lain, aku nampak tangga ini dan laluan kereta je depan tu

bilik paksu, perabot nampak lebih baru dari bilik sebelum ini

gambar yang papa ambil dari tingkat 3 bilik paksu

gambar paksu kirim malam tadi, kakak-kakaknya dok pesan jangan lupa baca yassin ... ini baru lepas baca yassin katanya...masa ini roomate nya belum sampai lagi


21 comments:

  1. Rindu nak panjat bukit demi menimba ilmu.

    ReplyDelete
  2. Memang tinggi tangga. Kena hati-hati.

    ReplyDelete
  3. fuh tgga tu ..bole kurus tu ari2 naik turun tgga..slamat menimba ilmu utk adik dana

    ReplyDelete
  4. MUGO dipermudahkan urusan study paksu tuuh.,
    tu songkok merah buatan cina jugak keew., hehehe

    ReplyDelete
  5. Tahniah paksu...semoga dean list tiap sem lepas ni.
    Kat UTM pun ada satu tangga curam... kami panggil tangga 98degree.

    ReplyDelete
  6. AI- pengorbanan tu yek demi menuntut ilmu

    k NA- itulah, tinggi tapi kene jugak lalui

    MamaTisya- hehehe dia udah memang kurus kering...

    wak LAt- amin, mekasih wak...

    AzianKhalil- ini dah masuk sem kedua ni MY, cuma kolej je kene pindah... itulah pernah nampak tangga tu tapi tak pernah daki hehehhe

    ReplyDelete
  7. Gigih nak naik tangga tu.. kalau takde stamina tercungap2 jugaklah.
    Baru perasan dak Aiyan bergambar guna gayung di kepala.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. Boleh diet Pak ucu hati2 panjat tangga Tu Dana..

    ReplyDelete
  9. selamat meneruskan pengajian paksu

    ReplyDelete
  10. Bertabahlah paksu..turun naik tangga tiap hari..

    ReplyDelete
  11. samalah kak ana pun Dana, tiap kali sem baru, anak2 tukar kolej, ni tinggal adik je kak long dah tamat degree :)

    ReplyDelete
  12. nasi ayam uncle jack memang jarang menghampakan.. hee~

    ReplyDelete
  13. k Aizamia- tulah kak, nasibla dia memang biasa dengan naik tangga gitu... jadi takde hal lah

    EllyMatin- aah perabot kolej baru ni nampak baru lagi dari yang sebelum nih

    k Yati CH- dia memang dah keding kak,makan pun sikit je

    k UmmiNani- mekasih kak

    k Kamsiah- rasanya ok untuk dia, takde masalah dengan kaki dia yang panjang tu

    wak WP- memang situ banyak yang tinggi gitu wak, berbukit-bukit kat situ wak

    k AnaJIngga- mak abah kat kampung dana la yang take over uruskan belajar adik

    Atiehilmi- betul tuh.... murah dan sedap

    ReplyDelete
  14. Tudiaaaaa....tinggi giler tangga..kalau akak confirm 2-3 kali berhenti...jenuh nak naik tu

    ReplyDelete
  15. ahahah nama kurlaaasss Highlanders sangat rupanya bertangga haha.. tp UKM dan tangga memang berpisah tiada. hehe mana2 uni lama cemtu. jenuh panjat..

    ReplyDelete
  16. Nampak bilik Tu selesa Tu tentu Rasa seronok duk situ nanti.. Dana.. jemput join GA mama yg terbaru

    ReplyDelete
  17. cantik dan selesa bilik camtu.
    yg tangga tu if aku, boleh gulinh2 je turun ke? taknak melangkah 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  18. Tahniah untuk paksu..
    Dasyat tangga dia..

    ReplyDelete
  19. mak oi, lebih kurang sama tangganya dengan tangga blok kolej saya dulu..hahahha..patut la kurus je masa degree..😝

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...