Tuesday, February 18, 2020

KEREPEK PERIA PEDAS

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Kawan-kawan makan tak peria? Masak tumis , masak lemak atau buat ulam? Kerepek peria pernah rasa tak? Aku dah pernah cuba beberapa jenis kerepek peria tapi yang baru aku cuba ini memang buat ketagihan. Bila dah makan susah nak berhenti. Tak payah buat makan dengan nasi buat kudapan sambil layan tv pun dah best. Tanpa sedar habis sebekas.
Kawan pejabat aku jual ada yang biasa dan pedas, aku pilih yang pedas. Memang ranggup dan sedap, tak pahit pun bagi aku yang memang suka makan peria. 


nampak kenipisan dan keranggupan nya

krup krap betul, yang biasa pun sedap tau tapi yang pedas lagi best

sebekas ini rm13, mug tupperware tu besar tau bukan cawan biasa

28 comments:

  1. agaknya rasa dia sama macam makan kerepek belinjau ke?

    ReplyDelete
  2. tk mkn peria..tp yg peria crispy camni ada adik ipar beli aritu tp bkn yg pedas la..yg biasa..bole la mkn

    ReplyDelete
  3. Okay nak cuba buat yang ini pulak...ada tips dia tak Dana?

    ReplyDelete
  4. Sedap..suka gak..selalu beli yang tak pedas buat ulam makan ngan nasi...

    ReplyDelete
  5. sy xpernah mkn peria..
    mindset kot.. peria tu pahit..
    lps tu xberani nk mkn.. hahahaha

    tp tgk kerepek peria ni mcm sedap plak..

    ReplyDelete
  6. Sunah- tak jugak ni lagi ada perisa dan pahit kat hujung sikit je, kalau melinjau lagi rasa pahitnya

    MamaTisya- hehehe tulah bila buat kerepek tak rasa pahit kan kak

    SisLIn- takde tips kak, dulu pernah buat sendiri tapi tak jadi ranggup gini... cuma yang pasti kene hiris nipis-nipis peria tu dan rendam dengan air garam untuk hilangkan pahit tu

    k Sheila- itulah nak buat sendiri tak rajin beli je senang tinggal ngapngap hehehe

    k SA- ini tak dan buat ulam kak, ngap gitu je heheheh... kalau buat ulam mau bertambah-tambah makan

    Ezy- hahahaha cuba lah kerepek ni, memang tak pahit, tapi tulah akak memang peminat peria jadi takde hal kalau pahit hehehhe...

    ReplyDelete
  7. Sedap.. kat sini memang dha jadi menu wajib acik kantin.. Hari-hari ada kerepek peria ini dijual..
    Yang dalam balang usah ceritalah memang banyak di jual dikedai-kedai muslim..

    ReplyDelete
  8. Kakcik makan peria. Peria katak buat ulam dengan sambal belacan pun sedap... :)

    ReplyDelete
  9. Suka juga makan peria tapi belum pernah makan kerepek pria.

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam. oh belum pernah makan yg ini. sebelum ni pernah makan bayam ja :D

    ReplyDelete
  11. Saya pernah beli kawan jual. Tapi tu peria pedasss. Ngam-ngam ada peria di peti ais., mcm nak buat je..

    ReplyDelete
  12. nampak sedap.. tp ejulz x pandai makan peria.. hehe

    ReplyDelete
  13. k Sha- itulah tengah banyak orang jual, layan jugak buat kudap atau buat lauk

    kakcik Seroja- betul tu kakcik, dana pun suka buat ulam

    k NA- kalau jumpa nanti cubalah, atau boleh try buat sendiri

    k UmiNazrah- cubalah kalau jumpa kak, sedap

    EllyMatin- cubalah, adik pernah cuba buat guna tepung bestari yang pedas tu

    en Ejulz- dah jadi kerepek ni tak pahit dah Ejulz, cubalah kalau terjumpa ya

    ReplyDelete
  14. Tak suka sangat peria huhuhuu...
    Peria crispy belum pernah cuba lagi kalau ada layan jugak kot.

    ReplyDelete
  15. Waa sedapnya.. buat stok Ramadhan nanti bagus juga ni

    ReplyDelete
  16. Ni kalau makan sambil tengok tv memnag tak sedar bila habis. Ni kudapan sihat sebab guna peria kan. Tak payah dah beli keropok kat kedai luar lagi. Peria crispy ni pun bagus dah

    ReplyDelete
  17. Sekarang ni dah banyak produk krepek peria ni.
    Krepek daun bayam brazil pun banyak orang buat.

    ReplyDelete
  18. Saya memng suka peria. Yg mentah lgi sedap

    ReplyDelete
  19. Asalam boleh jual ..sedap sekali nampaknya

    ReplyDelete
  20. Pernah buat sekali peria grg celup tepung..jenuh nk habiskan sebiji sbb semua org kt rumah ni tak mkn..

    ReplyDelete
  21. Nenek akak suka hiris nipis2 pastu ramas dan buang air pahit ... baru goreng gareng-gareng,
    tapi mak mertua akak pulak suka hiris niis2 tabur garam buat ulam.

    ReplyDelete
  22. sedap ni. pernah rasa yang biasa. yang pedas belum rasa lagi. Confirm lagi sedap kan.

    ReplyDelete
  23. ray x pernah tau ade kerepek peria haha

    ReplyDelete
  24. Pernah cuba² buat sendiri... tp akhirnya bagi Cik Tongsam..

    ReplyDelete
  25. akak sukaaa...kalau pergi kedai mamak memang cari kerepek peria ni..makan dgn nasi panas dan kari...

    ReplyDelete
  26. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete
  27. aida x brape gemar peria.
    emak abah aida kalau dtg rumah, sure masak peria dgn udang.
    makan tu makan, dana. cuma kurang minat.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...