Monday, February 24, 2020

SELAMAT HARI LAHIR KE 2 FARAH AISYAH

Assalamualaikkum semua kawan-kawan,

22hb februari 2020, hari lahir si comel Farah Aisyah yang ke 2 tahun. Bila tanya maktek katanya nak buat sambutan kecil-kecil kat tasik titiwangsa, nasibla juga sabtu tu Edy cuti tapi ahad dia kerja. Dapatla kami turut serta, tapi itulah pagi sabtu tu kan mendung je, nasib baik bagi kami tasik titiwangsa agak lenggang, parking pun banyak kosong.

Kami, aku Edy dan Aiyan sampai awal kat tasik dalam pukul9 lebih, kami cari port best dulu dan lepak sambil tunggu maktek. Aku cuma bawak pinggan, cawan, air mineral, buah dan kuih. Menu utama nasi lemak maktek yang bawa. Mehla kita tengok ragam masing-masing.

cop tempat dulu... laju je dua beranak ni

siap bawa payung lagi sebab takut hujan, nasibla gerimis halus je tapi sekejap je

sampai pun birthday girl dalam kul10 

sampai pun orang yang dirai

muka moody lagi masa tu, heheheh awal pagi dah kene bangun

dia antara yang seronok dapat sambut birthday

tengah pujuk adik Ecahnya

tunjuk buih supaya Ecah happy

menu ringkas kami... bawak muffin je ganti kek

ringkas tapi gembira semua kenyang

maktek dan family

my genduts

dah mula ok mood bila dapat makan apam polkadot warna warni

lepas dah makan, aku bawak Ecah jalan-jalan sementara yang lain makan

sibuk tunjuk kasut baru nya hehhehe

trademark dia, kemana-mana bertopi

dia suka tengok air pancut tu


dok main buih dengan Aiyan



bukan main gembira masa ini... 

cuaca baru nak mula panas dalam jam 11 pagi... kami pun beransur nak balik

24 comments:

  1. Budak-budak kalau baru bangun tidur atau belum makan memang moody.
    Seronok sambut harijadi sambil berkelah.

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Farah..
    Seronoknyaa sambut besday sambil berkhemah...lama tak piknik cenggini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan berkemah kak, berkelah heheheh... tq kak Lin

      Delete
  3. WAHHH TENTU SERONOK SAMBUT BESDAY KT TEMPAT TERBUKA MCM TU..SELAMAT HARIJADI UTK SI COMEL

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok la mereka boleh jalan-jalan , lari-lari kak hehhe.. mekasih untuk ucapan

      Delete
  4. dh lama bebenor wak x dtg sini amek sunset., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti datanglah wak , ambil gambar cantik kat sini atau gambar orang dating heheheh

      Delete
  5. happy birthday farah aisyah...lama tk p titiwangsa...seronok tu berkelah situ..tp weekend aritu cuaca panasss

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabtu pagi tu mendung je kak ptg tu memang panas, itu rasa best tuh

      Delete
  6. ala. rugi tak pi tasik pagi tu. kalau tak boleh join.

    ReplyDelete
  7. syok laaa aiyan sambut besday dak ecah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka, nasib dia tak ingat itu bday dia heheheh

      Delete
  8. Replies
    1. aah tarikhnya cantik wak, nak ingat pun mudah... mekasih untuk ucapan wak

      Delete
  9. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  10. bestnya sambut birthday camni..
    happy birthday farah comel! =)

    ReplyDelete
  11. happy birthdat Ecah... monyok ye kena bangun pagi..

    ReplyDelete
  12. happy birthday farah aisyah. sedih lak tengok muka monyok dia, hehehee

    ReplyDelete
  13. Happy birthday Farah Aisyah.. comel dia

    ReplyDelete
  14. Seronoknya sambut birthday dengan piknik macam nie.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. Happy Birthday Farah. Semoga jadi anak yang solehah.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...