Assalamualaikum semua kawan-kawan,
Asam pedas dan orang johor memang tak boleh di pisahkan. Buat masa ini semua jenis asam pedas aku dah cuba, ikan, daging, ayam dan tetel seafood tu tak pernah pulak aku cuba buat asam pedas lagi.
Selain asam pedas ayam, ikan pari antara ikan yang aku suka masak asam pedas, sebab daging dia yang pejal tak akan cepat hancur. Ini resepi cara aku yang paling mudah dan insyallah mesti jadi.
Bahan-bahan:
1 kg ikan pari , potong sedang
1 batang bunga kantan, belah 4
5-6 batang daun kelsum
10 biji bendi
3 sudu besar cili boh (kalau tak suka pedas boleh pakai 2 sudu)
2 biji bawang merah besar, kisar
5-7 biji bawang merah kecil, kisar
6-7 ulas bawang putih, kisar
2 inci kunyit hidup, kisar
1/2 inci halia, kisar
air secukupnya
2 keping asam keping (boleh gantikan dengan 1 sudu kecil asam jawa)
garam
2 sudu besar minyak masak
Cara Masak:
- Tumiskan semua bahan-bahan kisar dan cili boh hingga naik minyak semuanya
- Masukkan secawan air, ikan pari bunga kantan, daun kelsum biarkan hingga nampak ikan masak.
- Tambahkan lagi 2 ke 3 cawan air masukkan garam, asam keping dan akhir sekali sayur bendi masakkan dengan api sedang untuk 3 ke 5 minit.
- Siap
tumiskan dengan api sedang lama sikit biar betul-betul masak bumbu nya |
ikan pari yang selamat di potong sedang |
bunga kantan tu aku suka campur dalam asam pedas ikan sebab hilangkan bau hanyir |
bendi tu aku malas potong, boh je sebijik-sebijik kalau potong nanti berlendir |
Bendi dia termasak lama pulak... siap sudah |
akak tk brp sgt makan asam pedas tp bila outstation johor & melaka menu depa byk asam pedas bole la mkn
ReplyDeleteSaya pun suka asam pedas ikan pari.
ReplyDeletesedap asam pedas ikan kari. favourite ni berbanding ikan lain.
ReplyDeleteSEDAPNYA ASAM PEDAS PARI
ReplyDeletek MamaTisya- dana memang suka asam pedas , orang johor memang gitu kak
ReplyDeletek NA- sedap kan layan makan asam pedas ikan pari
Han- betul, sebab takde tulang macam ikan lain
k Paridah- sedap kak... hirup kuah je pun best
Dana..asam pedas johor dan melaka ada beza ya...
ReplyDeleteSedapnya asam pedas ikan pari. Teringat kat emak. Dia suka sangat ikan pari, masak asam pedas dan masak semur (masak kicap).
ReplyDeletesedap tu dana. kalau kena dgn ikan segar pasti sedap lagi. masalahnya di kelate ni susah nak dpt yg segar. ikan air batu byk la.
ReplyDeletesedapp tu asam pedam ikan pari kalo makan lunch.. nyum2
ReplyDeleteMemang sudah lama mencari resepi asam pedas.. DONE Borkmark..
ReplyDeletefav !
ReplyDeletenyaman weh!! aku suka bakar ikan pari ni, pastu mkn dgn sambal asam jawa
ReplyDeleteBetul dana. Tak boleh dipisahkan. Tp hanya ikan je lah yg akak biasa mkn. Pari pun bukan ikan pilihan. Hehheee... ikan sembilang mmg terangkat kalau akak yg makan lah.
ReplyDeleteSuka masak asam. Tapi kan.. Kenapa kadang2 ikan pari macam bergas ea?
ReplyDeleteaida kalau jumpa ikan pari yg segar cantik, confirm beli 2 keping.
ReplyDeletebuat asam pedas.
bendi. daun kesum. sedap!
k Kamsiah- ye, ada beza kak... rasanya ada sikit lain
ReplyDeletek Amie- ikan pari masak macam-macam boleh, masak lemak kencur pun sedap kak
Abam Kie- betul tu kalau dapat yang segar memang lagi best
wak Lat- betul tu wak, pekat pekat laktu
EllyMatin- selamat mencuba ya
Ray- hehehe nama pun dah macam ikan pari hehehe stingray
ShirVen- tu memang paling layan tu bakar cicah air asam
k AzianElias- betul ikan sembilang, ikan jenahak ikan merah memang best buat asam pedas
Ai- itu kot ikan pari yang dah lama, tak pernah pulak akak beli yang macam tu
k Aida- itulah kalau yang dah tak segar tk berapa best bau nya bila masak asam pedas
Sedapnya asam pedas tu..
ReplyDeletehahahaahhhaa
ReplyDeletemak oi sedapnya kak!
ReplyDeleteSedapny lahai
ReplyDeleteSedapnya asam pedas ikan pari. Favourite saya ni kak
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802