Friday, February 7, 2020

RESEPI IKAN CENCARU AIR ASAM

Assalamualaikum semua kawan-kawan,

Maaf hari ini lambat buat entry, aku cuti rehat badan rasa tak berapa sihat. Dok batuk-batuk sampai sakit dada, makan ubat dah tapi ambil malam je sebab ubatnya mengantuk sangat.

Aku biasa jumpa orang jual ikan kembung air asam tapi haritu Edy beli cencaru dah bosan nak bakar itu aku cuba resepi ini. Pakai hentam je

Bahan-bahan:

4 ekor ikan cencaru sedang
3 ulas bawang putih, hiris
1 biji bawang besar, potong dadu
7-10 biji cili api, hiris bulat
2 batang pokok ketumbar, hiris halus
1 biji tomato, buang biji dan potong dadu
1 sudu besar paste asam jawa
1 sudu kecil otak udang (boleh gantikan dengan belacan)
1 sudu kecil gula
Sedikit air
Garam secukupnya

Cara masak:

- lumurkan ikan dengan garan dan hirisan bawang putih, kukuskan ikan hingga masak
- dalam mangkuk campurkan semua bahan hiris bawang merah, cili api, daun ketumbar, tomato,paste asam jawa, otak udang, gula garam dan air serta gaulkan hingga sebati
- bila ikan kukus dah masak, tuangkan air asam tadi... siap


Gaulkan dengan garam dan bawang putih 

Satukan semua bahan dan tambah air

Jangan lupa rasa, kene ada masam masin pedas sedikit manis

Ikan kukus dah masak, keluarkan dan siramkan

Mandikan macam ni..
 Cantik kan


Add caption
Lawankan dengan masak lemak putih tauhu dan tauge


24 comments:

  1. waalaikumussalam. perghhh meleleh terus ayaq liur kami. hahhaa

    ReplyDelete
  2. Resipi baru guna otak udang. Suka pedas masin masam.

    ReplyDelete
  3. sedap ni. kalau makan, menambah2 nasi wpun cuma menu biasa/tak mahal

    ReplyDelete
  4. slalu ikan cencaru bakar..yg ni ngan air asam ,..yummmyyy

    ReplyDelete
  5. Sekali sekala tukar ikan okay jugakan.
    Gabungan yang mantap nih!

    ReplyDelete
  6. mak oi ayaq asam tu febret tauuu! kalo balik kedah, mesti ada ayaq asam tak kira la makan dengan apa pun..haha

    ReplyDelete
  7. Jgn xcaya mcm ni bole tambah 3x nasi dana

    ReplyDelete
  8. Belum pernah masak macam ni. Nanti boleh cuba. Selalu kakcik buat masak sambal atau sumbat je...

    ReplyDelete
  9. Fuuhhh fuhh Dana ni kaaannnn, saja je bikin lapar.. :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Pergh.. kecur air liur nengok ke air asam tu.. hehe. Insya-Allah lepas makan ikan kukus cicah air asam tu sembuh la sakitnya.hehe

    ReplyDelete
  11. akak nak tanya otak udang tu macam mana?

    ReplyDelete
  12. ikan ni aku stress dgn benda keras tgh2 dia tu. aku reti masak goreng je
    tapi ni cam sedap je kan. lenkali aku buat

    ReplyDelete
  13. Sedapnya kak.. Makan dengan nasi panas memang sedap

    ReplyDelete
  14. k UmiNazrah- hehehe sebab ada air asam tu ye kak

    k NA- sebab kt rumah dah habis belacan kita ganti dengan otak udang

    Han- betul tuh... simple tapi menyelerakan hehehe

    MamaTisya- dah biasa sangat bakar kak, itu tryla menu baru

    Mrs. A- betul kak, kalau yang sama je bosan jugak kn

    Sunah- heheheh... cuba lah masak gini Sunah

    k Ilahjy- itulah kak, memang betul

    wak WP- betul tu wak, ratah pun best

    kakcik Seroja- cuba lah kakcik, mana tau kene dengan selera

    k MULAN- heheheh sesekali kak... tempat akak lagi best ikan fresh dan besar

    enAbuIkhwan- wsalam, amin... moga betul lah sihat terus lepas nih

    k Kamsiah- hehehe betul tu kak, sihat jugak lah kan sebab kukus je

    HsnaRahman- silakan, ada jual di kedai runcit otak udang ni dik

    ShirVen- hehehehe... itulah sebab tu orang suka bakar tapi kadang bosan jugak, aku lak malas nk buang yang keras tu pakai pisau cam susah je

    Mimie- sedap, buat menu orang pantang boleh kot cuma tukar ikan...

    ReplyDelete
  15. cencaru couple with air asam is ohsem, dana.
    air asam tu potongkan cili padi. fullamak!
    meratah ikan jer lah kita sekeluarga.

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaaaa...nanti nak buat macam ni la...lama x kukus ikan...

    ReplyDelete
  17. hehe sedap ni.. tapi selalu kalo buat cicah asing..
    sbb ade anak2 buah kan depa xmo pedas2..

    ReplyDelete
  18. Hihi sedapnya.. tapi kalau akak.masak ninrasanya akak.sodang je yg makan.haha

    ReplyDelete
  19. k Aida- tulah kak air asam memang kene ada cili api baru ngam choiii

    k SA- sedap SA, kalau ikan kembong mesti lagi best sebab isi nya tebal

    SYM- betul jugak... akak tu takat aiyan ok lagi sebab pedas sikit,...tak pedas sangat... pastu boh kicap kt nasi nya

    k MamaPP- hehehe yang 2 beranak tu tak minat ye kak

    ReplyDelete
  20. Owh.. kukus dulu eh ikan tu.. Menarik.. ingatkan masak sekali..

    ReplyDelete
  21. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...