Assalamualaikum semua,
Tahun baru mesti la ada azam dan semangat baru kan, hari ini kita nak kongsikan resepi sambal hijau. Ini aku tengok juga resepi google lepas tu aku tambah baik ikut citarasa aku sendiri. Ini bukan la jenis sambal hijau macam makan dengan nasi padang tu tau. Sambal hijau yang sesuai buat makan dengan nasi, buat cicah, makan dengan cucur, lempeng dan punten. Sambal ni memang pedas, masam, manis dan masin.
Jom kita tengok resepinya.
Bahan-bahan:
15-20 biji cili api bangla, kisar
30 biji cili padi hijau, kisar
6 biji cili hijau besar, kisar
8 ulas bawang putih, kisar
2 biji bawang holland, kisar
2 biji bawang holland, potong nipis
1 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar gula merah
3 sudu besar gula pasir
Garam secukupnya
1 jemput bilis, kisar
1 mangkuk kecil bilis
3 senduk minyak masak
Cara masak:
- Tumiskan semua bahan-bahan yang kita kisar, hingga pecah minyak.
- Selepas pecah minyak masukkan bilis dan bawang yang hita hiris, masak lagi biar bawang layu dalam 10 ke 15 minit.
- Masukkan gula merah, gula pasir dan asam jawa, masak lagi sampai bertukar warna sambal tu gelap.
- Akhir sekali tambahkan garam dan rasa dulu sambal ini ya. Boleh matikan api bila dah secukup rasa.
![]() |
| warna jadi gelap sebab guna gula merah |










sambal hijau ni makan ngan nasi panas + telur dadar pun dah cukup... sedapnya
ReplyDeleteitulah kan... memang buat banyak mudah nak jadikan lauk sampingan
Deletegoreng telur mata..lepas tu goreng bawang besar..letak sambal ni...curah atas telur mata tadi...mak mertua lalu sebelah pun buat x tau je..sesuai untuk lauk sahur nanti ni...
ReplyDeleteuish betul lah kak... kene buat lebih untuk simpan masa bulan pose nnti ni
DeleteAda beza ya sambal guna gula merah dengan gula putih. Tq kongsi.
ReplyDeleteada beza kat warna dan rasa dia sikit kak...
Deletewahh, sedappnye lempeng sambal ijo., x pnh try lg., hehe
ReplyDeletecuba jangan tak cuba tau
DeleteMASAKAN DANA TERBAIK TIASA
ReplyDeleteinsyallah kak....
DeleteSedapnya nak try buat la nanti. Letak petai pun sedap ni.
ReplyDeletesudah semestinya tu
DeleteEunake notol lempeng karo sambel ijo
ReplyDeleteMesti wak.... lempeng kene ada sambal
DeleteHebatnya memasak..terasa aroma nya ke blog saya hehehe..alhamdulillah..
ReplyDeletetak hebat mana cikgu... boleh la sikit-sikit
DeleteAduuuuuh terliur bayangkan sambalnya kak 😍😍😍😍. Resep pun tak susah sangaaat. Nanti saya nak buat lah. Kadang bingung mau buat apa kalau ada stok cabe hijau di rumah. Untunglah terbaca resep dari kak dana
ReplyDeleteCuba buat nanti tau dik... mesti sedap tu
Deletefuhhhhhh sambal hijo ni mmg ngammm sgt mkn dgn lempeng! aaaaaa nak kena buat jugak nti! ehehehe
ReplyDeleteBuat jangan tak buat tau
DeleteDana boleh buat jual ni dalam pek atau botol. Sedapnya.
ReplyDeletemacam masih tak berani lagi kak heheheh
DeleteAssalamualaikum kak. Selamat tahun baru 2026. Selalu tengok perkembangan akak di media sosial yang lain. hihi. Sambal hijau ni, Ros tak pass lagi nak buat. tak pandai nak agak lagi cilinya. kadang buat, terasa lagi cili tu, macam tak masak betul. Ni dah ada resepi akak, bolehlah cuba nanti. Terima kasih kak :)
ReplyDeleteWsalam... selamat tahun baru jugak... kene masak lama sikit kalau sambal hijau ni takmo ada rasa maung tu
Deleteadoooooiii sedap sambal hijau ni Dana, makan dgn nasi panas, petai, ikan bilis, bawang, fuh!
ReplyDeleteBetul sangat tu kak, dengan telur mata pun ngam
DeleteCili hijau ni kalau kita nak guna mmg susah jumpa, tp kalau x guna ada je depan mata... geram betul... buat nasi goreng ikan masin pun sedap cili hijau ni, baunya wangi
ReplyDeleteYa ampun! Penat balik kerja, masak nasi, dadar telur, cari ulam sikit... sedap betul makan dengan sambal hijau ni.
ReplyDelete