Wednesday, January 7, 2026

OLE-OLE BALIK KE SELANGOR

 Assalamualaikum semua,

Selepas sarapan terus la kita pusing-pusing rumah kan pastu panggil paksu suruh ambil plastik pergi depan rumah. Suruh dia kutip buah mulberi, nampak lebat betul buahnya boleh buat kordial. Lepas tu dok tengok rambutan lak ada sikit lagi, suruh paksu dengan makyah ambil galah petikkan rambutan. Dapat banyak jugak rambutannya walaupun pun dah tinggal sikit. Abah tanya nak ubi kayu tak? mesti lah nak kan... Abah suruh paksu pergi depan bawak kereta sorong cabut ubi kayu. Abah tanya lagi nak kelapa muda tak? boleh je... petik kelapa muda lak. Ada kelapa biasa dan kelapa pandan. Biasanya kalau adik ipar balik kampung dia suka sangat petik kelapa muda. 

Sorang petik dengan gunting, sorang lagi dengan kayu bentuk Y 

Bila rambutannya tinggi sangat 2 orang tu tak pandai nak gunting, abahla tolong buat

dapatla merasa jugak rambutan tepi rumah ni

Untung adik bongsu aku ni, sejenis adik yang melayan je perintah kakak-kakaknya

Kami petik dapat banyak jugak ni

Makngah bising kata yang belah tepi parit ni banyak kenapa tak petik... takut terjerumus dalam parit hehehhe

Dia petikkan dapat banyak ni lagi

paksu dan abah cabut ubi kayu depan rumah



teringat kat adik ipar

petai mak simpankan dari minggu lepas dari pokok belakang rumah

buah nanas depan rumah

10 comments:

  1. bestnya banyak hasil kampung bleh bawak balik KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, ada la sikit buat ole-ole kongsi dengan maktek

      Delete
  2. Alhamdulillah, rezeki.. kalau balik kampung memang tak kosong, ada je sesuatu yang dapat dibawa balik.. begitulah kehidupan orang kampung, mereka tidak mewah tapi rezeki sentiasa cukup, kerana suka memberi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu salah satu sebab saya beli kereta besar sikit dari sebelumnya... supaya boleh muat banyak barang

      Delete
  3. Masyaa Allah.. tu dia! Dana rezeki buah-buahan dari kampung, ada moktan, mulberry dan kelapa muda .. lebatnya buah mulberri ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak, itulah rezeki musim mulberi ada buah banyak

      Delete
  4. alhamdulillah rezeki Dana dapat bawa balik banyak hasil kampung

    ReplyDelete
  5. Bestnya Dana..dah lama tak dapat rasa hasil dari kampung Mak dan Abah...kecik-kecik dulu ginilah..seronokkk...

    ReplyDelete
  6. Pokok kelapa tu kecik je....kat rumah kononnya kata kelapa pandan tapi bila dia naik tu tinggi la pulak. Uishhh mulberi tu banyak juga tu....petai lagi....

    ReplyDelete
  7. Banyaknya rezeki tanaman. Meriah tu.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...