Assalamualaikum semua,
Aku pernah cerita kan yang sepatutnya keluarga maktek balik kampung minggu krismas cuti sekolah tu. Tapi sebab mereka kene sakit mata itu yang tak dapat ke mana-mana. Puncanya pada 19 disember tu si adik tiba-tiba kene sakit mata. Ingatkan sakit mata biasa tapi masuk hari kedua dah bengkak sampai tak boleh nak bukak mata. Pukul 12 tengah malam bawak ke Hospital Tengku Azizah (HTA) Kuala Lumpur. Doktor suruh untuk datang ke HTA setiap hari untuk cuci matanya. Tak boleh buat sendiri kat rumah kene doktor dan jururawat di HTA yang buat.
Lepas tu 30 disember tu jangkit kat kakaknya pulak, hari ke 2 tu dah teruk, ke HTA juga untuk cuci mata. Masuk hari ke3 dah semakin teruk jadi maktek minta untuk masuk ke ward, sebab kene cuci hari-hari dan mata si kakak dah teruk tapi adik pulak dah makin sembuh. Jadi si adik duduk la kat rumah dengan ayah si kakak duduk ward dengan ibunya. Aku masa tu kalau masak lebih hantar rumah adik. Hantar tu pun sangkut kat grill je tak boleh nak masuk rumah sebab sakit mata ni berjangkit.
Dalam masa yang sama 4 januari tu maktek pulak berjangkit sakit mata, suaminya pun kene jugak tapi tak teruk. Sudahnya dari 5 januari maktek dan suaminya dapat mc selama 8 hari. Kira macam kuarantin la tu. Sekarang si kakak masih lagi dapat mc untuk cuci mata di HTA sampai rabu ini. Memang lama betul kes sakit mata mereka ni. Mujur nanti ada cuti Hari Wilayah dapat la balik kampung kejap.
![]() |
| tak boleh kene cahaya sakit kat mata tu, duduk ward dapat bilik seorang |
![]() |
| Mujur la adik ok dengan ayahnya kat rumah berdua |
![]() |
| Dia dah sihat tinggal kakak nya pula |
![]() |
| masa yang teruk tu, sekarang alhamdulillah dah ok |










moga cepat sembuh
ReplyDeleteAllahu....kesiannya...sakit mata teruk ni jenis yang berjangkit...harap2 dah elok dah la semuanya...
ReplyDelete