Friday, September 20, 2024

RESEPI CUCUR KEMBONG ATAU KUNTES

 Assalamualaikum semua,

Akhirnya setelah berminggu-minggu jumaat tanpa resepi baru, akhirnya muncul juga. Walaupun resepi ini memang paling mudah tapi dijamin pastinya sedap. Antara menu kegemaran aku, suka cicah sambal merah atau kuah kacang tapi cicah kuah kari pun sedap tau. Kalau kat kampung biasa kami panggil ini `kuntes` atau boleh juga di panggil cucur kembong. Jom tengok resepi nya.

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum

Air (bagi sikit-sikit, biar pekat)

2 sudu kecil yis

4 sudu sedang gula

1/2 sudu kecil garam

Cara masak:

- Masukkan semua bahan dalam bekas besar kecuali air. Gaulkan semuanya dalam keadaan kering baru masukkan air sikit demi sikit. 

- Bila semua dah sebati, boleh tutupkan adunan tepung tu untuk 30 minit atau 45 minit sebelum goreng.

- Setelah adunan naik, bolehla goreng dalam minyak panas dengan api yang sedang.

- Makan cicah dengan apa yang anda suka.


sebelum letak air

biarkan kejap biar dia kembong

Lepas kita biarkan dalam 35minit

goreng la dia


cicah kuah kacang

cantik kembong-kembong kan dia

1 comment:

  1. akak selalu beli tepung cucur adabi tu je,nnt nak cuba buat sndr plk guna resepi Dana ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...