Monday, September 30, 2024

DOAKAN RAYYAN IZZAN YA

 Assalamualikum semua,

Berlanjutan entri demam Aiyan, hari khamis hantar ke sekolah tapi cikgu call aku suruh minta ambil sebab dia tak nak makan, lemah tak bermaya. Jumaat aku cuti rehat jaga dia sebab risau kan, dia masih tak selera makan, nampak ada keluar merah-merah kat badan suruh Edy bawak ke klinik untuk buat ujian darah. Tapi doktor takmo ambil darah tapi dok gebang pasal demam denggi, demam influenza atau demam biasa itu sama je. Cukup dengan makan panadol, kami pun akur entah percaya sebab dia doktor.

Sabtu dia masih tak bermaya, hari ahad masa keluar tu beli barang dia pun tetap tak selera makan aku suap baru la dia nak makan. Masa mula tu kami ingat dia cuma manja atau masih lagi lemah sebab demam. Tapi bila malam aku rasa lain pulak, jadi malam dalam pukul 9 lebih Edy bawak ke klinik semula untuk cek darah. Jadi platlet rendah 45 terus doktor suruh ke hospital. Doakan supaya dipermudahkan dan Aiyan cepat sembuh ya.

masih tak dapat ward lagi di kecemasan ni

orang yang demam tu

12 comments:

  1. Aiyan demam denggi ye?kesiannya aiyan,tengok mata aiyan haritu pun kuyu je macam lemah
    kuat ye aiyan,cepat sihat sentiasa ceria

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, kesian Aiyan. Betul ke demam2 tu sama aje, biar betullah doc ni. Kita yg pesakit ni terpaksalah percaya. Semoga Aiyan cepat sembuh dan tiada yg memudaratkan, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  3. Allahu..sian Aiyan. semoga dipermudahkan and semoga Aiyan cepat2 sembuh yer..aamiin

    ReplyDelete
  4. kesiannya Aiyan..cepat sembuh ye....

    ReplyDelete
  5. semoga diberikan kesembuhan kepada Aiyan...

    ReplyDelete
  6. Masya Allah
    Anugerahilah kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan buat Aiyan dan tidak sakit lagi

    ReplyDelete
  7. Moga Aiyan cepat sembuh ya, hugs.

    ReplyDelete
  8. Kalau sampai lemah, tu memang dah teruk.
    Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Aiyan.

    ReplyDelete
  9. sian aiyan moga Allah segera beri kesembuhan-Nya aamiin YRBA

    ReplyDelete
  10. Semoga Aiyan lekas sembuh ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...