Monday, September 23, 2024

KEDAI PAKU DAN PONTIANAK

 Assalamaualaikum semua,

Cerita hari rabu lepas, ada kawan ajak pi makan kat Paku dan Pontianak ni. Dekat je kedai makannya dengan pejabat kami tak sampai 10minit kalau dengan kereta. Tempatnya pun cantik dengan tema merahnya, lepas tu kalau perempuan dapat bunga ros merah sekuntum. Itu paling love lah, sapa tak suka dapat bunga kan. Makanan dekat situ pun sedap-sedap juga la bagi kami. Harga tu kira berpatutan jugak la, cuma tak boleh la nak makan setiap hari hehehhe. 

Ini alamatnya :

21, Jln Gurney 2, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Bunga ros hidup tau mula-mula aku ingat ros plastik hahaha

Dia la paling suka, cantiknya merah je


ayam masak lemon, udang lemak cili api, tomyam seafood, buncis dan telur dadar semua sedap bagi kami.

Ini lah tokey kedai kami


Cantik tau tempat ni mesti la kene bergambar

Siap minta adik kedai tu ambilkan gambar



Ini dekat luar restoren, pun cantik untuk bergambar

13 comments:

  1. ada juga tgk kwn share cafe ni..seram bunyi nya...lpr plak tgk menu tu di kala tgh puasa ni

    ReplyDelete
  2. nak pii laa Dana macam best, Muslim owner ye ?

    ReplyDelete
  3. Eh, kedai ni konsepnya seram ke tak? Siap dapat bunga ros lagi tu.

    ReplyDelete
  4. cantik kedainya but kenapa la agaknya nama tu seramsss

    ReplyDelete
  5. Scary pulak nama kedainya... hihi.. berani seller ni ambik kelainan

    ReplyDelete
  6. Alahai nama kedai nya, kita jenis penakut hehe. Tapi lauk nampak sedap tu Dana.

    ReplyDelete
  7. Nama kedainya seram tapi akan buat kita ingat nama kedai ni sebab nama hantu.

    ReplyDelete
  8. Saya kalo baca pontianak, teringat kota pontianak di Kalimantan 😄😄. Sementara kalo di Malaysia means hantu kan. Nanti kalo ke KL lagi nak singgah lah. Menarik tempatnya 😍👍

    ReplyDelete
  9. Takde nama lain ke mereka nak daftar
    Takut kena rasuk kang

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...