Tuesday, September 24, 2024

AIYAN DEMAM

 Assalamualikum semua,

Semalam balik dari sekolah, dia mengadu muntah kat tandas lepas tu tertidur kat meja kelas. Masa dalam perjalanan balik dia tertidut dalam kereta. Sampai rumah suruh makan lepas tu suruh makan panadol. Dia tidur petang tu badan panas, Maktek bagi coolfever sebab kat rumah takde stok. 

Petang tu hujan lebat, Edy sampai rumah lewat pesan kat dia belikan ubat demam kat klinik , coolfever dan sup campur. Malam tu suap dia makan nasi, bag ubat demam. Sepanjang malam memang tak lena tidur. Pagi tadi bawak ke klinik dapat ubat demam dan mc 2 hari. Aku cuti rehat arini jaga dia, masakkan bubur nasi. Harap makin oklah makan ubat demam yang baru ni.

Dah lama sangat dia tak demam, tak ingat tahun bila dia demam, doakan ye Aiyan cepat sembuh ye acik-acik.

Semalam petang suap makan nasi

Masakkan bubur nasi letak ayam sikit

Ke klinik dengan Edy, ubat demam yang dia beli tak jadi apa

Petang tadi lepas dia mandi suruh makan bubur lagi

Makan ubat kul3, tidur lagi badan panas semula.

13 comments:

  1. Moga cepat sembuh. Sukanya makan bubur ni Dana....sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih... bubur yg sakit dengan tak sakit boleh ngap

      Delete
  2. Alahai..kesiannya Aiyyan demam..semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  3. semoga Aiyan cepat sembuh yer..bila jarang deman, sekali demam tu....alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak oi, arini dah sekolah cuma dia masih macam lemah sikit la

      Delete
  4. Semoga saat ini aiyan sudah membaik ya kak. Saat sakit, bubur memang yg paling mudah dimakan, tinggal telan, dan bernutrisi juga. 👍

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...