Tuesday, June 4, 2024

SELAMAT TINGGAL SAMPAI JUMPA

 Assalamualaikum semua,.

Selasa lepas, hari terakhir Aiyan di transit taska JUPEM. Bulan ini bermulalah episod dia duduk sendiri di rumah. Moga ok je buat dia, lebih banyak masa rehat boleh dibuat. CCTV tu nanti aku akan review ya, almaklum masih belajar lagi nak paham dia tu hehehhe. 

Ahad lepas Aiyan ajak beli barang untuk dia hadiahkan pada cikgu yang jaga di taska. Dia pilih bagi hadiah bekas Mr Diy untuk semua cikgu. Terima kasih selama ini tolong jaga Aiyan di transit. 

ada 10 orang cikgu


dia seronok dapat pilih beg kertas cantik-cantik

pagi tu gembira bawak hadiah


Cikgu bagi hadiah alat tulis untuk dia

gambar dengan kawan-kawan transit


gambar dengan cikgu dan adik-adik

14 comments:

  1. Ada umur yg panjang insyaAllah berjumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. Ayyan dah besar dah kan..dah boleh tinggal sendiri kat rumah...

    ReplyDelete
  3. wahh.. dah bujang ye Ayyan.. tinggal kat rumah je lepas ni.

    ReplyDelete
  4. Dah boleh ditinggalkan seorang di rumah. Semoga ok sahaja. Cantik beg kertasnya.

    ReplyDelete
  5. waahhh bestnya aiyan bagi hadiah & aiyan dpt hadiah jugak ehehe

    ReplyDelete
  6. Selamat menjaga diri sendiri dirumah Ayyan

    ReplyDelete
  7. dah besar dah Ayyan, elok2 dok rumah key..

    ReplyDelete
  8. Cantik pulak tengok beg kertas tu comel la.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...