Wednesday, June 5, 2024

BUAT BUNGA TELUR

 Assalamualaikum semua,

Masa kenduri aritu emak kata, nak pulangkan bagi bunga telur kat makcik. Sebab masa mak buat kenduri kahwin dia ada bagi 200 kuntum bunga telur. Jadi gigihla kami anak beranak rebus dan buat bunga telur, rebus telur tu dalam 2 jam jugak, mak kata rebus lama biar tahan. Sampai ke malam baru boh telur dalam bekas jaring, siap suruh Aiyan dan Ecah tolong lagi.

cuci dulu semua

lepas dah sejuk malam tu baru la kita buat bunga telur


gigih dia nak isi telur dalam jaring tu

Ecah pun tolong jugak


siap letak kat pahar, di hari kejadian

Bagi pada orang kendarat dan orang yang rewang juga

23 comments:

  1. hai bunga telor heheh

    https://www.oohsenyum.com/

    ReplyDelete
  2. Seronok buat bunga telur ni. Yg tak seronok kalau jaring nya tak lekat, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaring elok tapi banyak yang tak kuat gam dia tu

      Delete
  3. cantik kejadian telurnya, tak ada yang pecah/retak bila rebus....

    ReplyDelete
  4. merewang
    rinduuu kenduri dulu2 camni lah tugasan anak2 dara he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang kat kampung pun dah banyak guna katering je

      Delete
  5. rajin aiyan n ecah buat bunga telor cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene paksa buat kak, kalau tak tak boleh main hp

      Delete
  6. lama dah tinggal buat bunga telur ramai-ramai macam ni. masa budak2 dulu memang kene suruh telurkan semua bunga yang ada. siap rendam dalam sirap lagi telurnya nak bagi merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah lama tak buat jugak bunga telur ni... seronoklak bila buat ni

      Delete
  7. Wahhh.. rewang buat bunga telur memang best suasana dia.. meriah. Kena pulak anak2 membantu. Blh bagi kenangan dan pengalaman untuk dorang da

    ReplyDelete
  8. uishhh bestnya bunga telur! ssh dah skrg nak dapat kalo pegi kenduri.. hihi

    ReplyDelete
  9. Cantik la warna bunga telur tu..sweet je warna dia..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...