Friday, June 21, 2024

RESEPI SAMBAL KELAPA @ SAMBAL NASI IMPIT

 Assalamualaikum semua,

Lama dah blog aku ni senyap sunyi bila tiba hari jumaat. Maafkan lah diriku yang kehabisan idea untuk kongsi resepi dalam blog ni. Tapi kali ini, resepi ini memang antara yang jarang jumpa dan tak semua orang kenal. Biasa jumpa sambal kelapa ni bila makan dengan nasi impit, selalu belah pantai timur yang kenal makanan ini. Aku ni kalau sekali rasa   makanan tu sedap memang aku terjuja nak cuba masak. Balik kampung kali ini belajar dengan mak mentua, walaupun renyah nak buatnya tapi puas hati sebab dah dapat resepinya. Jom kawan-kawan aku kongsikan resepinya.


Bahan-bahan:

1 biji kelapa parut (saiz besar)

2-3 keping gula nisan atau gula melaka - kikis halus (ikut pada selera nak manis mana)

4 ekor ikan selayang - rebus dan buang tulang

3 ulas bawang putih- kisar

1 biji bawang merah besar- kisar

1 inci halis- kisar

4 batang serai- kisar

garam

Cara masak:

- Kelapa parut jadikan kerisik hingga warna coklat, kisar hingga keluar minyak, boleh jugak di tumbuk hingga halus dan keluar minyak. Ketepikan

- Dalam talam atau bekas besar letakkan kerisik, gula nisan dan isi ikan. Gaulkan semua bahan hingga semua bercampur.

- Dalam kuali masukkan bahan-bahan kisar, tak perlu tambah minyak... kacau hingga naik bau dan boleh masukkan bahan-bahan kerisik yang telah digaulkan dengan gula dan isi ikan.

- Masak dengan api kecik gaulkan hingga kering semuanya. Tambahkan sedikit garam. Bila dah kering boleh matikan api dan sejukkan. Siap

Menu raya haji, orang lain makan nasi minyak aku beria makan nasi impit dan sambal kelapa ni

perjuangan nak jadikan kerisik

hingga coklat gini

tumbuk hingga halus

sampai keluar minyak gini tau... 


satukan semua bahan ini kecuali bahan kisar


Tumiskan hingga naik bau atau warna kekuningan

Masaukkan bahan lain, masak hingga kering

Ini lah rupanya bila dah siap

makan dengan lontong pun sedap

makan kering-kering gini sedapnya

19 comments:

  1. Kira macam serundinglah ya Dana.
    Mrs. A di rumah sendiri masak nasi impit dengan kuah kacang aje.
    Raya haji takde tetamu yang datang.
    Anak-anak yang habiskan heheeehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mcm serunding tp ni sambal kelapa biasa belah pantai timur punya kak

      Delete
  2. Sedapnya seronding nasi impit dgn sambal kacang lagi

    ReplyDelete
  3. Dana..!!! Nak order boleh tak šŸ˜ƒ serius ni tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha itu kene order dengan mak mentua la kak

      Delete
  4. nasi himpit sambal tu selalu makan masa dalam pantang.. hihi.. sedap!

    ReplyDelete
  5. aaaaa sedapnya makan dgn lontongggggg!

    ReplyDelete
  6. Pedas tak? ke ni versi tak pedas...

    ReplyDelete
  7. Rajin Dana buat sambal kelapa. Terima kasih kongsi cara masakannya.

    ReplyDelete
  8. Excellent job on this blog! The content is both informative and thought-provoking, making it a must-read for anyone interested in the subject.
    https://www.discountdrift.com/

    ReplyDelete
  9. This blog is a testament to high-quality writing. The author’s in-depth research and engaging style make it a compelling and informative read.
    https://www.couponsstudio.com/

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...