Assalamualaikum semua,
Sudah beberapa minggu jumaat tanpa entri, maaf la mood memasak aku memang agak ke laut. Itu yang takde resepi mau dikongsikan, ini baru cuba resepi kerang dan bagi aku sedap sangat rupanya. Sesuai sangat kalau nak buat dengan lauk lain jugak. Jom tengok resepinya.
Bahan-bahan:
11/2kg isi kerang
250gm kacang buncis, potong serong
2 kotak kecil santan
8 biji cili api bangla, tumbuk
2 inci kunyit hidup, tumbuk
2 ulas bawang putih, tumbuk
1 batang serai ketuk
1/2 cawan air
1-2 keping asam keping
gula dan garam
Cara masak:
- Masukkan dalam periuk bahan tumbuk, serai dan santan. Masak untuk 10 minit dengan api sedang dan sentiasa kacau tau.
- Masukkan kerang, asam keping dan air. Masak lama sikit kerang ni biar meresap rasa kat kerang tu.
- Masukkan gula dan garam akhir sekali masukkan kacang buncis,. bila buncis dan masak boleh matikan api, Siap.
bau sedap masa ni tau |
masak dah |
di jual jugak lauk ini tau,.... |
Fav akak ni Dana...lama dah x buat...kerang sikit punya mahal...nak kena beli kerang yang fresh baru best
ReplyDeletekerang fresh kalau besar rege entah berapa puluh sekilo skrg ni
DeleteTak pernah rasa kerang masak lemak cili api, nampak sedap sangat ni. Jimat sekali masak dgn sayur.
ReplyDeletesila cuba ye kak
DeleteTk pernah mkn menu kerang camni ...sedap nmpk tu
ReplyDeletebuat pekat2 sedap kak
DeleteTak pernah lagi OM cuba buat menu ni, next time nak cubalh
ReplyDeletesila cuba memang sedap tau
Deletex pernah plak kerang masak lemak, mcm menariks ni..leh cuba..tq share resepinya
ReplyDeleteNampak sedapnya...makan dengan ketupat pun sedap ni
ReplyDeleteThank you for creating content that sparks curiosity and encourages continuous learning. Engage in polls and surveys about Aviator on our blog.
ReplyDeleteMeriahnya kerang. Puas hati makan ni. Bau masakan lemak cili api memang menyelerakan. Rasa tak sabar nak makan.
ReplyDelete