Assalamualaikum semua,
Hari ini kami di Selangor dan Kuala Lumpur bercuti sempena Nuzul Quran. Dapatla berehat sehari kat rumah, tapi dari pagi dah fikir nak masak berbuka apa lah. Gambar kali ini cacamarba sikit gini la bila buat entri guna telefon je.
Semalam ada mesyuarat ajk Puspanita |
Kelmarin ada kawan Aiyan bagi biskut tart |
Semalam petang, penat sangat balik dari taska tidur lagi kat kereta |
Projek kuih berbuka kat pejabat |
Buat agar-agar santan |
Gambar kenangan bilik yang kemas sebab ada audit 5s |
Gambar masa mesyuarat |
Masak pun buah nanas |
Fish n chips platter |
Abisla pokok aku |
Samosa dan popia |
Baru belajar lipat samosa |
nampak sedap plak agar- agar tu...nak buat x rei dan selalu x jadi...hahaha...
ReplyDeleteUntung negeri yang bercuti. Dapatlah rehat sehari kan. Rezeki Aiyan dapat tart nanas. Penat sangat gayanya sambung tidur dalam kereta tu. Berhasil juga nanas tanaman akak. Berapa lama baru berbuah tu kak?
ReplyDeleteKucing suka nau duduk dalam pasu. Ini okay lagi duduk. Pernah tanaman saya kena kencing kucing jiran. Mati terus pokoknya. huhu...
Alhamdulillah. Nanas masak sempurna di pokok. Tak ada makhluk asing yang kekah nanas tu ye Dana.
ReplyDeleteTiap kali puasa tak pernah miss buat popia ketam cheese tapi.. tahun ni rasa malas sungguh nak buat walau anak dah bertanya tapi.. rasanya masih sempat buat lagi sebelum nak raya ni..
ReplyDeleteTak pernah cuba buat samosa ni.
ReplyDelete