Friday, February 9, 2024

RESEPI SERUNDING KELAPA

 Assalamualaikum semua,

Hari ini kita nak kongsikan resepi serunding kelapa, kan aritu ada buat nasi ambeng. Bagi aku serunding kelapa ini elemen penting, kena ada rasa pedas manis masin. Kalau cuma masin pun tak sedap. Jom kita tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

2 biji kelapa parut (kelapa kecil itu guna 2)

3 ulas bawang putih kisar

6-7 biji bawang merah kecil kisar

3 sudu besar cili boh

3 batang serai ketuk

1 inci kunyit kisar

1 sudu kecil garam

3 sudu besar gula

Sedikit garam

3 - 4 sudu minyak masak

1 sudu kecil asam jawa

Cara masak:

- Dalam satu bekas besar campurkan semua bahan, dah gaul hingga semuanya hingga sebati.

- Dalam kuali masukkan 3 sudu besar minyak masak, dan masukkan kelapa tadi. Masak dengan api kecil, kacau hingga serunding kering. Sentiasa kacau jangan sampai hangus tau.

- Dah kering semua sejukkan dan simpan dalam bekas , nak tahan lama simpan dalam peti ais. Seminggu sekali panaskan semula biar dia tahan lama.





9 comments:

  1. Masak serondeng pun ada caranya kan Dana. Kalau Bonda saya tak gunakan minyak.

    ReplyDelete
  2. Peh.. jadi tu, Dana. Setuju. Sedapnya nasi ambeng tu, bergantung pada serunding kelapa ni ha. Akak tak pernah buat, Dana.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap! imijin rasa kat tekak. kebetulan akak minggu ni beli serunding daging dan halia. sedap!

    ReplyDelete
  4. Serundeng ini biasa ditaburkan diatas ayam goreng ya Mbak?
    Demikian salah satu penyajiannya disini.

    Salam,

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Dana....
    Kalau saya ada serondeng ni terus nak buat Nasi AmbengšŸ¤­

    ReplyDelete
  6. Terima kasih. Minta izin save ya

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...