Tuesday, February 13, 2024

DAPAT ANAK BUAH BARU

 Assalamualaikum semua,

Kisahnya adik aku Mak Tek, malam tadi lepas balik dari Raub dia kata ada keluar darah sikit. Mula ingatkan cuma sebab dia penat sangat tapi masih keluar lagi darah tu. Sebabkan dia risau,. sebab dah 33 minggu malam tadi ke kecemasan Hospital Ampang. Lepas dah cek apa semua kene masuk ward, sebab tanda-tanda untuk bersalin dah ada. Pagi tadi dalam pukul 9 lebih cucuk ubat untuk matangkan paru-paru dan kurangkan  kontraksi. Bukaan 3cm, pukul 10 dah jadi 5 cm terus masuk ke bilik bersalin. Pukul 11 lebih dah selamat bersalin. Dapat bayi lelaki berat 1.8kg, mak alhamdulillah sihat, bayi je kene masuk dalam nicu. Alhamdulillah, moga bayi lelaki cepat bertambah berat dan boleh balik rumah, sihat semuanya. 

pukul 9 lebih

pukul 10 lebih masuk bilik bersalin

budak yang tak sabar nak keluar, nama pun belum ada lagi ni

16 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah untuk kehadiran anak buah baru...cepat2 naik berat ya baby, baru boleh discaj cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah emaknya pun susu tak kuar lagi, harap cepat naik

      Delete
  2. alhamdulillah tahniah moga maktek segera pulih sediakala n baby sht sjhtera

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat anak saudara baru.

    ReplyDelete
  4. Tahniah
    Wak pun tengah menanti hari nak tambah cucu lagi

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah Dana dan keluarga terima ahli baru.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...wah..x sabar- sabar ye baby nak keluar...

    ReplyDelete
  7. yelah kan...33 minggu baru. besar camna ye kalau 1.8kg ni?
    takpelah..janji baby sihat.
    minum susu mama tu banyak2 sikit tau baby..biar cepat naik berat dan boleh keluar jumpa kakak dan abang aiyan

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...