Friday, February 2, 2024

RESEPI LEEK TUMIS UDANG

 Assalamualaikum semua,

Semalam dah ingat nak buat entri tapi itulah bila cuti mula lah terlupa. Berehat-rehat menikmati hidup di rumah hehehehe. Hari tu dah buat resepi leek kali ini tambah menu lain, leek juga sebab masih ada sayurnya. Kena lah habiskan , memang sesuai di masak dengan udang jugak. 

Bahan-bahan:

3 batang leek, potong serong

1 mangkuk udang

3-4 ulas bawang putih, hiris nipis

1/2 biji bawang besar, potong nipis

4 biji cili api, potong dua

1 sudu kecil kicap lemak manis


2 sudu besar sos cili

air secukupnya 

garam.

Cara masak-masak:

- Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili api hingga layu dan tukar warna.

- Masukkan udang, kacau lepas tu masukkan leek kacau lagi,

- Masukkan kicap dan sos cili, kacau lagi tambah sedikit air.

- Bila leek dah lembut tambah garam dan matikan api . Siap







6 comments:

  1. wah tak pernah cuba..menarik la daun leek ni udang tumis pon boleh

    ReplyDelete
  2. Ni kalau akak masak, kena guna ayam sebab dak Adik alah makan udang.

    ReplyDelete
  3. kena cuba makn leek ni mesti sedap tumis dgn udang

    ReplyDelete
  4. Selalu jumpa dan tengok kwn sosmed masak leek ni tapi tak pernah cuba. Nampak sedap plak Dana masak dgn udang.

    ReplyDelete
  5. Uishhhhh sedap² lapar jadinya tgk lauk Dana ni.. ;)

    ReplyDelete
  6. Hari ni pn is3 masak macam ni jugak
    Tapi pakai sayur lokio

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...