Friday, November 24, 2023

RESEPI AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH

 Assalamualaikum semua,

Antara pencuci mulut kegemaran, aku tidak lah pakar tapi bolehla masak. Dulu selalu masak tak jadi sekarang dah tahu dah camno, jo  tengok resepinya.

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali

1 cawan gula merah

2 sudu gula pasir(boleh tambah ikut kesesuaian)

1 cawan santan

5 cawan air kosong

2 helai daun pandan

1 biji telur

sedikit garam

Cara masak:

- Masukkan agar-agar, gula merah, gula pasir daun pandan dan air, masak hingga agar-agar hancur.

- Dalam mangkuk masukkan telur, santandan garam, kacau perlahan.

- Bila agar-agar dah hancur semua masukkan santan dalam kuali dan kacau. Biarkan hingga 10 ke 15 minit matikan api

- Tapiskan ke dalam bekas sejukkan dan simpan dalam peti ais.






Dah rupa gini baru matikan api



Baru la nampak macam corak gini

7 comments:

  1. Suka makan agar-agar ni terutama masa bulan ramadhan. Letak dalam peti ais bagi sejuk dulu.

    ReplyDelete
  2. Suka sangat agar2 ni. Kalau guna agar2 tali ni memang lagi sedap kan compare yang serbuk.

    ReplyDelete
  3. Makan sejuk² ni, syoknyeee. Sedap kan kak.

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa...makan sejuk- sejuk sedap ni...mak akak dah berzikir mintak suruh buat..yg pandai buat dah masuk ward..ah sudah...

    ReplyDelete
  5. Paling sedaplah kalau dapat makan agar-agar santan gula merah. Lemak manis rasanya, lagilah kalau dah masuk peti sejuk... sedapnya!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...