Friday, November 17, 2023

RESEPI ROTI SARDIN GORENG

 Assalamualaikum semua,

Hari ini aku nak kongsi resepi mudah tapi semestinya sedap. Ini roti sardin goreng yang aku jual di kedai. Jom tengok resepinya ya. 

Bahan-bahan:

Inti Sardin:

1 tin besar dan 1 tin sedang sardin

3 biji bawang merah besar, hiris nipis

4-5 ulas bawang putih, ketuk hingga hancur

5-6 biji cili api, potong bulat

2 sudu besar cili boh

1 biji limau kasturi

Gula dan garam

Bahan-bahan:

Tepung goreng

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras

air sejuk secukupnya

serbuk kunyit

1/2 biji air limau kasturi

2 sudu besar minyak panas

Cara masak:

- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili api dengan cili boh hingga layu.

- Bila semua dah layu, masukkan sardin yang dah di hancurkan. Masukkan air limau masak lagi hingga semua masak. 

- Tambah gula dan garam, masak hingga agak kering dan matikan api.

- Masukkan tepung gandum, tepung beras serbuk kunyit dan garam dalam bekas besar, bancuh dengan air sejuk. 

- Jangan terlalu cair bancuhan biar pekat sikit, tambah perahan air limau dan minyak panas sebelum gunakan untuk menggoreng.

- Kapitkan inti sardin, celupkan dengan tepung bancuhan dan masak dalam api yang betul-betul panas supaya tak meresap minyak.

- Bila dah warna keemasan boleh angkat dan sejukkan.





tambah air limau untuk hilangkan hanyir


isi banyak baru la puas makan


tambah air limau dan minyak panas

pastikan guna api yang besar tau

baru la rupa elok macamni

sejukkan dulu

1 paket rm2

18 comments:

  1. Kalau rumah akak ni kan dekat ngan office nak gak buat macam ni..hehehe..kawan- kawan dah bising suruh buat jualan lauk lagi..akak doakan Dana murah rezeki ye..

    ReplyDelete
  2. wah sedap tu.. MA wat roti sosej pagi ni

    ReplyDelete
  3. wahh..sedap ni. Akak pun suka buat roti sardin mcm ni..

    ReplyDelete
  4. sedap ni...biasa makan sandwich sardin, sesekali boleh tukar macam ni pulak

    ReplyDelete
  5. Fuh, Kalau saya ni, Ngap macam makan nasik ni 😍 Sedapp! Pulaktu sardin kat dalamnya 💥

    ReplyDelete
  6. salam dana.. teliur tgk..boleh byg rangupnya diluar..

    ReplyDelete
  7. Thank you for consistently delivering content that is both informative and engaging.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...