Friday, November 3, 2023

RESEPI KACANG KUDA SIRA PEDAS MANIS

 Assalamualaikum semua,

Sebelum ini aku pernah buat kacang kuda berempah tapi masa tu malas nak ambil gambar. Yang ini aku cuba buat sira pedas manis, sedap juga cuma basah sikit. Memang sedap tau, wajib cuba. Jom tengok resepinya ya.

Bahan-bahan:

300 gm kacang kuda, rendam semalaman dan HP 15 minit

2 ulas bawang putih, kisar 

1 biji bawang merah besar. kisar

3 sudu cili boh

udang kering dan bilis sedikit, kisar

1 ketul gula melaka

2 tangkai daun kari

Garam

Cara masak:

- Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, bila dah pecah minyak masukkan cili boh. 

- Masukkan gula melaka, masakkan higga gula hancur. Tambah air sedikit-sedikit sampai hancur semua. Masukkan daun kari gaulkan lagi.

- Masak dengan api kecil hingga sambal pekat , tambah sedikit garam. Masukkan la kacang kuda.

- Gaulkan kacang kuda hingga sebati, dan boleh matikan api.









12 comments:

  1. mcm menarik jugak ni kan... yum yum..

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn kacang kuda..tk pernh lg mkn yg jenis bersira

    ReplyDelete
  3. ok...kita cuba nanti. tapi untuk ammi mungkin akan dikurangkan size gula melaka tu kot.

    ReplyDelete
  4. Kakkk..sedapnya. dulu² masa sekolah memang makan kacang kuda pedas camtu. Cumanya kita yg letak sendiri guna sos keropok lekor tu. Hahaha. Kalau jenis yg bersira camni kat pasar malam kadang ada yang jual. Dah lama tak makan.

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan camni. boleh try nanti. pasti sedap kan

    ReplyDelete
  6. "Your blog has become a part of my daily routine. It's my go-to destination for enlightenment and education. Thank you for the continuous flow of knowledge and wisdom."
    https://savingcentstogether.com/promotions/noco-nosh-coupon

    ReplyDelete
  7. ehhhh Ana pun baru lepas buat kacang kuda sira pedas jugak minggu lepas hehe

    ReplyDelete
  8. Nampak senang je kalau kak dana yang buat hehe

    ReplyDelete
  9. Biasanya makan kacang kuda rebus aje.
    Yang ni mesti spesial

    ReplyDelete
  10. Alamak, ni sambil tengok tv, tak boleh berenti ni. :D
    Sedapnya, tengok Dana buat, jenis sira pedas manis ni.

    ReplyDelete
  11. Dapat bayangkan rasa sira pedas manis ni cuma tak berapa makan kekacang. Kalau ubi sira pedas manis sis suka.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...