Wednesday, November 29, 2023

MAK ABAH DAN ADIK-ADIK DATANG RUMAH

 Assalamualaikum semua,

Sambungan kisah konvokesyen paksu, hari ahad malam keluarga aku dan maktek balik ke rumah kami di Selangor. Jadi tinggal mak abah dan adik-adik duduk di homestay lagi untuk 1 malam. Isnin pagi tu lepas selesai urusan pulang jubah konvo, paksu bawak mereka makan lepas tu tiba-tiba abah kata nk tengok masjid besi, ke Putrajaya lah mereka. Lepas tu ke kilang coklat Beryls di Seri Kembangan baru la ke rumah aku. 

Kira oklah jugak walaupun pertama kali memandu kereta dari kampung ke Kuala Lumpur tapi paksu boleh sampai ke Putrajaya dan Selangor dengan panduan dari waze. Memang sangat membantu. Isnin petang tu sampai rumah aku terus la melepak, makan la memacam yang ada. Lepas tu lewat petang adik 3 orang ke rumah maktek mandi bersiap kat sana. Mak abah je lepak rumah aku. Lepas maghrib mereka datang lepak dan makan malam kat rumah aku.Masa tu memang meriah betul rasanya macam raya gitu heheheh. Selasa pagi aku cuti rehat mereka sarapan dekat rumah aku dalam pukul 10 pagi mereka gerak la balik ke Johor. Dalam pukul 3 petang mereka selamat sampai kampung.


petang tu sampai je ke rumah aku terus melepak la mereka


makan macam-macam 

adik-adik aku tengah usha coklat yang mereka borong

petang abah dah mula lapar semula, makan nasi

pagi selasa, macam2 sarapan ada

rumah kecik gini lah semua nak duduk bersila takmo duduk kat kerusi dan meja makan

siap-siap nak balik

mak dok usha tanaman dan rumput rampai rumah aku

penuh sendat axia ni

gambar kenangan dengan maktek


gambar kenangan dengan kak long

19 comments:

  1. Seronok berkumpul ramai2 macam ni. Tahniah paksu dah konvo

    ReplyDelete
  2. Syok kan kak kalau adik beradik datang rumah. Makan non stop tu dah pasti 😂. Kita yang jadi tuan rumah pun semangat nak jamu macam².

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, memang seronok tak penat pun walau kejap ke dapur heheheh

      Delete
  3. Replies
    1. betul tu kak, tapi itulah sehari je mereka datang rumah

      Delete
  4. seronoknya bila ramai2 mcm ni kannn

    ReplyDelete
  5. Bestnya sesekali family gathering mcm ni...meriah...

    ReplyDelete
  6. Seronoknya. Hehe rumah kena serang. Kenangan indah ini untuk Paksu sebab berjaya bawa jalan sekitar Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak budak lelaki selalunya lebih confident kot

      Delete
  7. ramai2 macam ni bila dah balik semua mula la rasa sunyi kan duk terbayang2 je gelagat diaorang

    ReplyDelete
  8. Meriahnya bila berkumpul. Kadang, jika majlis konvo yg jauh² ni ada jugak kelebihannya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mujur dekat dengan rumah kami itu yang melepak la kat rumah kami tu

      Delete
  9. Kalau belah suami ammi semua belumba nak duduk kat meja sbb dah x blh melipat kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. diaorang ok lagi muda lagi dana jelah yg duduk atas

      Delete
  10. Seronoknya dapat kumpul ramai-ramai. Meriah!

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...