Friday, October 29, 2021

RESEPI TELUR DAN DAGING BURGER MASAK SOS

 Assalamualaikum semua,

Bila hari kerja ni kadang aku kurang rajin masak, kadang lauk pun takde. Tapi kadang bukan hari kerja pun bila dah datang malas tu, tak boleh buat apa. Cumanya telur antara lauk yang sentiasa ada dekat rumah. Baru-baru ini malas nak cairkan daging yang keras buat la menu simple je dengan telur rebus dan daging burger. Janji sedap buat lauk kan. Meh aku kongsikan resepinya ya

Bahan-bahan:

5-6 biji telur, di rebus dulu

3 keping daging burger masak dalam 5 minit dalam AF, potong kasar

3 ulas bawang putih, hiris nipis

1 biji bawang merah besar, hiris halus

2 biji tomato, potong kasar

1 sudu besar cili boh

4 sudu besar sos cili

sedikit air

Garam/ gula secukupnya

Minyak untuk menumis


Cara Masak:

- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan tomato hingga layu dan bau harum

- Masukkan cili boh kacau kejap, masukkan sos cili dan sedikit air tumis hingga pekat

- Masukkan telur rebus dan daging burger, kacau lagi biar sekata. Masukkan sedikit gula dan garam. Siap

- Sedap di makan dengan nasi panas, kalau suka pedas boleh je tambah lagi hirisan cili api

Tumiskan hingga layu ya

Tambah cili boh, kalau suka pedas boleh tambah banyak cili boh

Lepas sos cili dah tambah suka bau tumisan dia sedap

Kita campur semua bagi sebati ya

Siap, kebetulan ada lebihan daun kucai... taburla sikit biar nampak lawo hhehehhe

Thursday, October 28, 2021

PHOTO DIARY #40/2021

 Assalamualaikum semua,

Rasa kejap je dah khamis rupanya, tak sabar nak balik kampung Johor. Aku rancang minggu selepas Deepavali baru nak balik kampung, adik ipar pun baru cukup 14 hari selepas dos ke-2. Tapi kan setiap hari dok lah terpikir, kira hari bila nak balik kampung. Siap dah bagi senarai makanan yang kami minta mak masakkan, setahun lebih aku tak balik kampung Johor tau. Moga di permudahkan untuk balik kampung lagi 2 minggu tu.

Terbebel panjang pulak, jom kita layan cerita bergambar ya.

Memula aku terpikir kenapa banyak sangat bertunas ni, pokok bunga ros lain pun sama.... 

Ini pun hari tu togel dah semua daun, pastu keluar tunas baru... aku pun baru keluarkan pokok kat tempat yang banyak kene panas

yang merah-merah tu tunas baru lah tu, pokok ini selalu susah bertunas tapi sekali keluar tunas baru sampai belas-belas

Ini lagilah aritu dah tinggal ranting je, kering memang ingat dah mati tapi rupanya dia masih bertahan 


Aku baru cuba baja  baru ini, Milagro... sebelum ini memacam jenis baja aku cuba tapi baja milagro ni nampak kesan dalam masa tak sampai seminggu, itu yang bunga ros semua keluar tunas banyak

Hari potong gelang, balik tu singgah makan kat kedai... bukan main seronok si Aiyan dah bebas katanya

Di kedai puspanita yang tempat biasa aku lepak ada jual murtabak, rupa memang menggoda, bau harum semerbak tapi rasa dia... gagal wei, sebab rasanya yang manis

Sekolah Aiyan tutup sebab ada cikgu  yang positif dari 3 kelas tutup semua tutup, jadi kena ikuti kelas pdpr semula dari 25- 28/1-/21

Tinggi dia saiz badan pun lagi besar dari budak pejabat aku

Sebelum hantar ke taska, singgah kedai Puspanita untuk dia cukai mama nya

Asal petang mesti tidur dalam kereta, bila tanya tidur tak kat taksa? tidur katanya tapi masuk kereta tidur

menjadi jugak walaupun halus hehehhehe harap yang lain menjadi buah

pokok lain pun nampak rajin berbunga dah

mesti penat main kat taska ni, tiap masuk kereta je lena


pagi tadi teringin beli karipap besar ni, beli 14 biji nak bagi kawan pejabat sekali, lepas tu pakcik tu takde duit pulang, semua RM20 dia kata takpe, halalkan je. Tapi aku lak tak sedap hati, aje gila RM20 tu. Sudahnya aku tambah lgi 10 biji takpe beli banyak boleh sedekah pada yang lain. 

Besar karipap nya, Aiyan makan 2 biji kenyang dah katanya

Aku potong dua dan letak di pantri

Wednesday, October 27, 2021

WW AIR KAYANGAN

 Assalamualaikum semua,

Hari tu di kedai puspanita, si Aiyan ambil air coklat ni. Tengok harga tercekik mama nya 😅😅

1 paket ni RM5.80

Sebab ada gambo didi n friends

Tuesday, October 26, 2021

KIRIMAN PETAI DARI KAMPUNG

 Assalamualaikum semua,

Minggu lepas dapat kotak kejutan dari kampung, takde cakap apa tup-tup dapat kiriman. Bila dibuka isi nya berpapan-papan petai. Emak kata ini dari pokok petai belakang rumah, buah nya banyak itu mak kirimkan pada kami. Nak tunggu kami balik ke kampung lepas Deepavali takut dah tak elok. Banyak ni kongsi dengan Maktek, tak sempat nak masak memang buat ulam jelah. 


Masa orang GDex hantar, terfikir jugak takde barang beli dekat shopee yang guna GDex

Bila buka ni, wahhhhh 


makan mehun goreng pun ulam petai

Monday, October 25, 2021

MENGASUH AIYAN

 Assalamualaikum semua,

Jumaat lepas, aku kerja setelah 10 hari kuarantin. Petang tu transit Aiyan masih lagi tutup jadi aku kene lah jaga Aiyan kat pejabat. Pengarah aku ok je dia bagi je jaga anak kat pejabat. Tengahari tu balik ambil dia dari sekolah, makan di kedai puspanita dulu, dah kenyang mandi bersiap bagi main telefon dia kejap lepas tu pukul 2.00 suruh dia tidur.

Dalam pukul 4.00 lebih juga dia tidur, kene kejut takut terlajak pulak kang. Tapi ok jelah jaga dia, sebab dia dah besar kan. Dan dah biasa dengan suasana dalam pejabat aku ni.

rindu dengan bilik ni

Senan nak pantau bilik pengarah aku, ngadap gini

jumaat pukul 12.00 dia dah balik sekolah

Dia nak makan nasi lemak je katanya tengahari tu

kene mandi kalau tidak masam

Dia sempat paw nugget kat kedai puspanita

Tidur, masa ni aku tutup lampu lagi

Masa ni dah pukul 4.15 pun masih lena lagi... 

Friday, October 22, 2021

RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN DURI

 Assalamualaikum semua,

Hari ini bersiarang di pejabat setelah hampir 2 minggu bercuti di rumah. Telur ikan nya dah lama habis tak resepinya baru nak letak hehehhe... Aku nak kongsi cara aku masak asam pedas telur ikan duri. Nak masak sama je macam masak asam pedas biasa cuma kita kene masak kuahnya sampai dah cukup rasa semua akhir sekali baru masukkan telur, kalau  masak lama sangat tak sedap, masak cukup-cukup masa je baru sedap.

Bahan-bahan:

Telur ikan duri @ ikan mayong (telur ikan apa pun boleh)

4 ulas bawang putih, kisar

2 biji bawang merah besar, kisar

2 inci kunyit, kisar

1/2 inci halia, kisar

2 sudu besar cili boh

3 keping asam keping

5 tangkai daun kesom

1 helai daun kunyit

Air secukupnya

Gula/ garam

Cara masak:

- Tumiskan semua bahan kisar dan cili boh hingga pecah minyak.

- Dah pecah minyak masukkan air 1 cawan, masukkan asam keping perasakan dengan garam dan gula sikit, masukkan daun kesum.

- Dah cukup rasa semua, perlahan kan api masukkan telur ikan, daun kunyit api paling perlahan jangan kacau-kacau masak untuk 10 ke 15 minit, bila dah tukar warna telur tu, dah masak boleh matikan api. Jangan masak lama sampai dia jadi keras tak sedap. 


bahan utamanya

ini pertama kali aku masak asam pedas telur, selalu makan  yang mak masak kat kampung tapi itu siap dengan kepala dan ikan


Tumis hingga pecah minyak tau... lama dengan api sedang

Dah pecah minyak baru masukkan air dan bahan lain

masukkan telur aku tutup periuk api paling perlahan

Jenguk kejap masih ada yang belum masak lagi... 

Akhirnya siap masak, tak kacau tapi ada telur yang bulat tu dia pecah jadi pekat asam pedas ini

cuba rasa sikit, sedap ke idok... 

Sedap meletup-letup dalam mulut gitu... 

Thursday, October 21, 2021

PHOTO DIARY #39/2021

 Assalamaualaikum semua,

Petang ni dalam pukul 2.30 akan ke KKKL untuk potong gelang Aiyan. Esok dah boleh sekolah aku pun masuk kerja, rindu wei dengan meja kerja yang ditinggalkan 10 hari. 

Oklah mari kita layan cerita bergambar ya.

Minggu lepas aku cabut halia, walau belum tua sangat tetap sedap masuk dalam masakan

Edy bersihkan pokok ubi dan kacang botor dek kerana serangan serangga putih

Makin lebat pulak pudina nih

Gembira bila 4 pokok semua dah berbunga

Tak tau apa namanya tapi aku suka dengam bunga ini

Menjadi buahnya 

Tapi malamnya hujan lebat terus rosak buahnya huhuhu sedih

Lewat petang kadang kadang sedar-sedar dah tertidur 

Jimbo, pantang nampak orang makan mesti duduk sebelah nak ngendeng

Pokok  bunga ros yang lama dah aku tanam, pokok dan daunnya halus je bagi baja memacam tetap sama selim je

Akhirnya bertunas juga si pokok mawar merah ini, lambat sangat nak bertunas 

Dah cukup kot, boleh dah kemas barangan jahitan