Friday, August 28, 2020

RESEPI NASI GORENG KFC

Assalamualaikum semua,

Akhirnya sampai kita di hari jumaat ye, sangat dinantikan hari ini. hehehehe 
Seperti biasalah, hari jumaat adalah hari kongsi resepi mudah. Walaupun dah mula kerja, aku dah mula boleh cari rentak untuk masak mana yang mudah dan rajinkan diri untuk rakam. Resepi ini rasanya ada viral dalam tahun lepas, tapi aku biasalah baru tahun ini mencuba. Resepi ini viral lepas di kongsi di jepun, cuma resepi asal mereka guna kicap dan stok ayam serta ayam kfc original tapi biasalah kita buat ikut kesesuaian tekak.

Ini kali kedua aku masak, kali pertama aku cuma boh ayam goreng, garam dan serbuk nasi goreng je, itu pun sekejapan je habis sampai tak sempat ambil gambar hehehe.

Bahan-bahan:

2 ketul ayam kfc spicy ( guna original pun boleh)
3 cawan beras (dicuci dan toskan)
3 keping cendawan tiram (potong halus)
2 ulas bawang putih( potong dadu)
2 biji bawang merah kecil ( potong dadu)
3 biji cili api (tak perlu potong)
1 sudu kecil serbuk perencah nasi goreng
4 cawan air
sedikit garam

Cara masak:

- Letak beras dalam rice cooker, masukkan cendawan, bawang putih, bawang merah, cili api ,serbuk nasi goreng dan garam  gaulkan semua hingga rata
- Masukkan air gaulkan lagi  letakkan ayam kfc di bahagian atas beras dan onkan rice cooker.
- Biarkan nasi masak seperti biasa, bila dah masak ambil 2 senduk dan siat-siat ayam tu dan gaulkan dengan nasi dalam rice cooker tu
- Bila dah rata keluarkan dan masukkan dalam 1 mangkuk besar siap untuk di makan.

* Kalau korang tak nak bagi bawang, cili atau cendawan tu boleh je... yang penting ada ayam goreng , garam dan boleh tambah kicap cair sedikit

Bahan utama ya

Aku curah semua ini dan dan gaulkan rata

Lepas dah tambah air dan boh ayam atas tu... 

bila dah siap ayam tu jadi lembut tau...bawang, cendawan tu bila dah gaul rata tak perasan pun... sebab si Aiyan makan je semua tanpa komplen jumpa bawang atau apa 

kita carikkan ayam tu dengan senduk lepas tu gaulkan kasi rata

dah siap,  masa masak ni bau dia harum betul sampai si Aiyan dok tanya mama masak apa ni bau sedap

45 comments:

  1. Kreatif juga guna lebihan ayam KFC buat nasi goreng.

    ReplyDelete
  2. keartif dana nampak sedap tu,nanti bolehlah akak cuba sebab kadang2 ayam kfc kalau beli memang akan ada lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dah lama tengok resepi tu tapi tak terbuat2 je

      Delete
  3. ini kategori nasi goreng tak berapa nak gorenglah ni.. hahha.

    mcm kalau kita buat nasi goreng guna noxxa pun ginikan. takyah masak nasi..letak beras je

    ReplyDelete
  4. Kalau ayam kfc bahagian banyak isi memang selalu tak laku, sesuai la buat masak gini...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, jarang sangat yg suka makan bhg dada

      Delete
  5. ok yang ini menarik.. dah kena dah dengan birthday dak Adik hari ini.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. Ayam KFC kalau beli mesti part banyak sisi ni yang tinggal tak habis..Elok sangat la buat nasi goreng.Kalau tidak lambat je ayam tu nak habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat kak .... memang pun selalu tak laku bahagian dada tu

      Delete
  7. kreatif kau dana. aku suka jenis masakan camni, takda protol sgt. main msuk2 je. nasi ni pun sudah semestinya sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha aku kan jenis malas masak, jenis yang shortcut ini aku suka

      Delete
  8. Budak2 memang sukakan ayam...dapat bayangkan berseleranya Aiyan makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. si Aiyan tak minat ayam goreng tapi bila campur jadi nasi goreng gini dia suka sebab dia peminat nasi goreng

      Delete
  9. Mudah sangat ini. Senang dimasak pasti sedap dimakan hehehe 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe betul tu, mudah sangat untuk disediakan

      Delete
  10. Ayam kfc bahagian isi memang selalu tak laku kat rumah ni, bolehlah cuba resepi kak dana lepas ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, hujung-hujung kita jugak yang kene habiskan

      Delete
  11. wow..guna ayam kfc..menariklah cara dana ni..guna rice cooker je..
    ermm..akan dicuba nnt..tq dana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kadang bila beli bahagian dada tu selalu memang tak laku sangat kan

      Delete
  12. sedapnyaaaa! xla membazir kalo ayam kfc xabis.. hihi

    ReplyDelete
  13. nasib baik saya bukan pengemar nasi goreng...

    dulu memang ya..

    saya cukup suka

    ReplyDelete
  14. berbagai bonus besar menanti di IONQQ
    ayo di tunggu apa lagi, segera bergabung bersama kami di IONQQ
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  15. NASI GORENG SEGERA SEDAP NAMPAKNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh betul tu kak, segera janji perut kenyang

      Delete
  16. Wah sedap ini, kak ...
    Baru kali ini lihat nasi goreng dengan daging ayam kfc.
    Terimakasih ide kerennya ya.
    Salam dari Indonesia.

    ReplyDelete
  17. Tak tahu pulak resepi viral ni. Unik cara penyediaannya. aroma bau ayam goreng KFC tu buat rasa macam tak sabar nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah la viral tahun lepas di you tube heheheh...

      Delete
  18. Wah menarik...nak kena cuba jugak resepi nasi goreng kfc ni..

    ReplyDelete
  19. aah kan ayam kfc tak habis tu boleh buat nasi goreng. mesti sedap :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah sedap masa tengah masak pun dah menggoda bau nya

      Delete
  20. Senang dan mudah je.. sedap pula tu..

    ReplyDelete
  21. pelik jugak cara buat dia tu, tapi hasilnya sedap hingga memukau seketul aiyan...apa lagi, kena cuba ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba buat sikit dulu sunah... mana tau kena dengan tekak

      Delete
  22. Rasa dia macam KFC rice bowl tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla sangat... kalau nak rasa macam itu kene boh stok ayam atau gunakan air rebusan ayam

      Delete
  23. HALO


    Jika Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, inilah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua. dapat melamar, Anda tidak boleh terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberikan pinjaman pilihan Anda, terlepas dari jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan duduk diam melihat orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
    Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    WHATSAPP> +447480724786

    ReplyDelete
  24. MCM ni KFC xboleh nk Cari makan ni..dah Ada menu baru

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...