Tuesday, August 25, 2020

PANGKAS DAN TUMBUH BARU

Assalamualaikum semua,

Maafla, lupa nak edit semula isi dalam sini... 
sebelum ini kan aku pernah kata pokok mulberi aku tak banyak buah. Balik kampung baru ini aku berguru la dengan mak aku, dia pesan, pucuk mulberi tu sentiasa potong, lepas potong dia mesti akan keluar pucuk dan buah, pucuk tu potong lagi dan dia akan ada bercabang-cabang. Setiap cabang baru akan ada buah sekali. Selepas praktikkan cara mak aku tu, nampak berkesan jugak... tapi itulah kita tengok berapa lama bertahan.

Aku ada tanam pokok ubi kerinting, guna untuk daunnya sahaja bukan ubinya. Ada 3 pokok je yang hidup, aku dok tahan nak petik pucuknya sebab cuma tiga. Tapi baru aku tahu lepas aku ambil pucuknya dalam 2 minggu lepas, nampak dia keluar 3 pucuk baru setiap batang. Rasa menyesal aku tak ambil pucuknya dari dulu. hehehhe


nampak banyak jugak lah pucuk baru dan buah... sila abaikan rumput yang tumbuh segar itu ya... tak sempat nak potong

jakun bila tengok dia keluar pucuk baru lagi

tak sabar nak petik lagi untuk buat masak

pokok ubi ni duduk bawah pokok pisang jiran, itu pertumbuhan dia lambat sikit sebab tak kene matahari sangat

24 comments:

  1. Tahniah Dana semoga pokok-pokok Dana terus subur mekar lagi dan lagi....

    ReplyDelete
  2. wah semoga pokok mulberi itu ada banyak buah dan pokok-pokok lain hidup subur!!!

    ReplyDelete
  3. Yeay !! betl tu rasa excited kalau pokok tanam sndiri tumbuh elok je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi itulah takut tak bertahan lama je hehehe

      Delete
  4. pokok mulberi saya bertahan sekali jer ambil buah pastu mati...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. alhamdulillah memang segar bugar tpi itulah buahnya tak berapa lebat

      Delete
  6. Jiran bawah ade tanam mulberi die suh rajin buang daun2 mulberi utk bg buah tu lebat ... 😅 Tp ummi tanam idak tumbuh daun..haha..sb cik siput duk kokak kulit pokok ny

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buang daun nya tu yang malas hehehhe banyak siput ke kak? sayangnya kene boh racun tu

      Delete
  7. Berbakti pada tanah dan pada masa yang sama memberikan kita rezeki. terbaik kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, bolehla buat isi masa lapang dik oi

      Delete
  8. seronok tgk tanaman dana..semua jadi..harini saya dah beli pasu plastik besar nk pindahkn pokok kunyit saya..ke pasu lebih besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua jadi, kadang ada jugak yang tak menjadi... sebab tu pilih nak tanam benda yang mudah hidup je

      Delete
  9. wahh dah berguru dapat ilmu baru. Menjadi pulak. tq juga kak share tipsnya. bayam brazil pun kena buat macam tu jugak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah bayam brazil pun sama, kene selalu petik pucuknya lepastu batang tu tanam kt lain...

      Delete
  10. cer akak cek bahagian akarnya, kadang ada yang putih2 atau semut itu pun boleh sebabkan dia kering dah mati, kalau akak dekat dana boleh bagi sebab ada banyak yang dana semai batangnya

    ReplyDelete
  11. Best betul bila boleh petik buat masak.. Tak payah nak ke kedai kan Dana..
    Mulberry tu memang kena rajin pangkas baru banyak buah dia..

    ReplyDelete
  12. Pucuk ubi kerinting tu lbh sedap dari yg biasa

    ReplyDelete
  13. testing testing..
    ahkak sukak amek gambar..
    hari2 ahkak amek gambar., hehehe

    ReplyDelete
  14. permainan poker yang gampang menangnya hanya di IONQQ
    ayo segera di coba permainan kami :D
    WA: +855 1537 3217

    ReplyDelete
  15. HALO


    Jika Anda seorang pebisnis / wanita atau pegawai pemerintah, dan Anda ingin mandiri secara finansial dan mengembangkan bisnis Anda, inilah kesempatan Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman jangka panjang dan pendek, proses kami sangat sederhana dan mudah semua. dapat melamar, Anda tidak boleh terus menjadi tanggung jawab keuangan kepada siapa pun, hari ini Anda dapat memutuskan untuk memiliki kebebasan finansial Anda sendiri dan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga Anda, kami sangat bersedia memberikan pinjaman pilihan Anda, terlepas dari jumlah yang Anda butuhkan, kami akan menyediakannya untuk Anda. Jangan duduk diam melihat orang lain membuat kemajuan finansial, jika Anda ingin pinjaman ditambahkan ke modal Anda atau memulai bisnis Anda sendiri, ini adalah kesempatan Anda untuk menghubungi kami hari ini.



    Perusahaan: CREDIT FINANCIAL GROUP
    Email: (creditfinancialgroup01@gmail.com)
    WHATSAPP> +447480724786

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak,jangan memalu ye...